Friday, August 27, 2010

Anok Kelate Bangkit


Anok Kelate hok ado di KL , Selangor , Negri9 , Melaka (x jauh mana dgn KL) hadirlah beramai2 utk sama alami sendiri saat bersejarah bagi  kita hamba rakyat Kelate....

Kerajaan Kelantan akan memfaikan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan Royalti 5 peratus, di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada hari Isnin, 30 Ogos ini jam 9 pagi. Sokongan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan exco Kerajaan negeri yang akan menghantar writ saman berkenaan.

PAS pusat n PAS di peringkat kawasan di seluruh Lembah Klang juga sama-sama hadir ke mahkamah pada hari tersebut. Begitu juga Persatuan Anak-anak Darul Naim (Persada). Khidmat Pesanan Ringkas SMS, FaceBook dan Twitter telah digunakan sepenuhnya menyebarkan maklumat ini.

Selesai urusan saman tersebut dibuat, satu majlis solat hajat akan dibuat di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan dijangka diimamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments:

Post a Comment