Saturday, August 7, 2010

Kita berpakaian

PENTING bagi kita berpakaian cantik dan kemas diserikan lagi dgn wangi-wangian setiap kali ke luar dr rumah samada ke majlis2 ke pejabat ke kedai walaupun ke rumah jiran dsb. lebih2 lagi lah kepada muslimin ke masjid solat Jumaat. Tapi , pernahkah kita merasakan atau terfikir betapa MUSTAHAK nya kita berpakaian cantik dan kemas diserikan lagi dgn wangi-wangian pada setiap kali kita menghadap Al-Khalik pada 5 batas waktu yg diwajibkan?

Ada di antara kita (lelaki) bersolat memakai singlet dan berkain sarong sahaja, malah sekadar berkain sarong sahaja pun ada dgn alasan musim panas. Dah la gitu, pakaian untuk solat, termasuk telekong muslimat, ada yg dah lusuh pun. 

Kata orang tua2, " …nak tahu seorang muslimin/mat yang sebenar adalah cara mereka berpakaian pada setiap solat 5 waktu di rumah ,sendirian!". Pakaian adalah sensitivity manusia , menyerlahkan peribadi seseorang. Kita umumnya amat sensitive kpd kehendak dan maklumbalas org lain – apa org akan kata. Tapi, KEBENARANNYA, kita tidak sensitive kpd kehendak Pencipta kita. Berebutlah kita utk menjadi seorang muslimin/mat yg sebenar. Wallahhua'lam

No comments:

Post a Comment