Thursday, September 30, 2010

Tengku Muhammad Fakhry bukan lagi TT

Sultan KelantanSultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran `Temenggong' dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana MahkotaKubang Kerian di sini, 10 pagi tadi.

Mohd. Aiseri berkata, Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry.

"Penarikan telah dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian," katanya.

Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung.

Tuesday, September 28, 2010

GALAS of Spurs...?

Salam.

kemarin ADUN Galas Chek Hashim Sulaima kembali ke rahmatullah. kanser usus. hampir 3 thn doh arwah sakit. Al-Fatihah utk arwah.

napoknyo PRK pulok di kelate. lebat pulok tabur pitih di kelate. muroh rezeki ore kelate ni! ambo nok pese ko sobat ambo tuan su guo muse - sapai maso nok tabur pitih tu royak ko ambo retek. nok jadi "jong" tabur jugok! lepor gak be-keping2 masuk poket...he3!

soghe jah "orang tempatan yang popular" dan ambo ghaso meme majoriti "diterima di kalangan rakyat". tapi dio tok masuk mano2 parti lg. ghasonyo kalu samado PAS atau BN tahu "this guy" , mesti berebut2 nok ambik jadi "calon DUN Galas". kalu dale bahaso Perancis ore dio panggil .... WILJAM GALAS .... kalu tok silap ambo lor ni duduk caghi make di Spurs!!

Sunday, September 26, 2010

Dulu-dulu...

Salam.
ambo teringat "banknote" hok perenoh kito ado.....dan telah lamo "meninggalkan" kito....





ini pulok "banknote" bersempena Sukan Komonwel 1998....


_

Saturday, September 25, 2010

Kito beli jugok...

Waahh!! satu urusniaga pintar! baca  DI SINI  dan  DI SINI.

ambo nok cade kpd Kerajae Kelate la pulok, buat taware pd Kerajae Persekutue utk beli konsesi minyak di peraire Kelate. lebih baik dr same menyame kut...pitih habih...pulok wat semaye hajat pon sapai habih rm400k....!

agok nyo Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air atuk seri Peter Chin Fah Kui ake kato..."Kelantan menawarkan untuk membeli. Kerajaan Persekutuan kata okay.Oleh kerana mereka mahukan minyak itu kekal milik Kelantan, kami tidak akan meneruskan projek carigali dasar laut."!!!

Friday, September 24, 2010

Tengkolok @ tanjak @ destar @ stange

bak kato pepatoh melayu....

"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Keempatnya dipanggil Stange
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga

Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya"

Saturday, September 18, 2010

Dirgahayu Sultan Muhammad V


Alhamdulillah, sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah tanpa apa-apa gangguan.

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, MasjidMuhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.

Pada hari Jumaat 17 September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijadual menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.

Selaras dengan jiwa ke Islaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan "Daulat Tuanku" digantikan dengan seruan "Allahu Akbar" (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).

Bagaimanapun, walaupun seruan "Allahu Akbar" ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

Mengikut perancangan, butiran mengenai pindaan ini sepatutnya diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri pada 13 September 2010 sepertimana diumumkan sebelum ini.

Apa pun, beliau telah mengumumkannya di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010 jadi diharap tiada lagi apa-apa kekeliruan yang timbul, sama ada secara sengaja atau tidak, mengenainya.

Allahu Akbar.

(Peringatan: Gelaran Sultan Muhammad Ke-V kepada Tuanku Muhammad Faris Petra hanya akan berkuat kuasa dan boleh digunakan setelah pewartaan mengenainya selamat dibuat).

Friday, September 17, 2010

16 September 1982

Salam.
bagus jugok jadikan 16 September suatu hari yg perlu diingati. ingat Sabra dan Shatila. al-fatihah utk yg terkorban.....



  

......berkongsi dgn Wiki cerita Sabra dan Shatila...DI SINI

16 September

Selamat Hari Malaysia Dato' Seri....


Thursday, September 16, 2010

Waris DEB


Tokoh Maal Hijrah 2008, billionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary "popped up" again..... 

He's going to be a new owner of PROTON. His DRB HICOM BERHAD has been given a greenlight to take over Proton Holdings Berhad...

Read more.... HERE.

Wednesday, September 15, 2010

Malaysia 1937

Salam Anak Malaysia 1937.
Cuba cari buku ini..., "MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" dikarang oleh RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). Seawal tahun 1937 nama MALAYSIA telahpun disebut ....!!!


Diari YB - ND Lala

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah

Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan

Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan

Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

"Assalamualaikum YB.."

Apo Khabar Yang Berhormat - Cikgu Naim


Assalamulaikum yang berhormat apa khabar
Salah silap minta ampun takut ambo ada terkasar

Yg berhormat rumah banglo
Beli keta paka dreba
Tak dok napok batang hidung
Takut rakyat takleh sabar

Oghe kampung duduk ngepek
Tanya mana YB kito
Stakat pitih penuh poket
Nanggung tok leh tengok mato

Oghe kapung tanya projek
Hok yang berhormat janji mulo
Cakap bohong kure molek
Lain kali rakyat tok cayo

Rakyat kapung sebelah hulu
Duduk tanya pembangune
anak sekoloh naik perahu
Niti gertak bate pine

Jale selut tak leh lalu
Pue huje dekne kokpe
Sapa bila rakyat tunggu
Sakit hati buke main

Susah benar orang kampong
Padi hampa getah murah
Ada bini kena tanggung
Ada ramai anak sekolah

Kalu pemimpin cakap bohong
Hingga rakyat terima susah
Orang banding kalu burung
Boleh dohla kerat lidah

Ambo sendiri isi bore,
duk nok mitok tender balok
Krana YB oyak kok re,
duk nak tolong rakyat susoh

Buleh pitih bekki jemore
Rumah ambo buruk tlajok
Atap tiris musim huje
Basah habis budok budok

Ambo ada anak mudo
Lamo bena tinggal kapung
Tempat kito tak dok kerjo
Bawak nasih rugi untung

Sedih hati ore tuo
Umor lanjut tengah uzur
Sakit demam pening palo
Anak jauh toleh tulung

Kemajuan hok dunia
Tuhe suruh kita cari
Nok wi hidup semporna
Anok cucu kedian hari

UntukmuYB

Dikir Cikgu Naim.....

.....dari dairi ND Lala..

Tuesday, September 14, 2010

Melayu Kita V


Bangsa Melayu, telah dikisahkan bahawa, merupakan satu rumpun kaum yang secara sejarahnya dikatakan kaum yang menetap di rantau Nusantara ini sejak lebih 25 ribu tahun dahulu. Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Benarkah wujud nama sungai tersebut yang dikatakan letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu?

Dari segi etomologi yakni Sanskrit ; perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya bermaksud gunung. Ada juga tercatat pasal Bangsa Melayu di dalam sejarah Dinasti Tang di China di sekitar tahun 645 Masihi. Dicatatkan juga bahawa Bangsa Melayu adalah bangsa yang bertamadun dan mendiami Nusantara atau Kepulauan Melayu di Asia Tenggara. 

Pernah juga dipersoalkan apakah benar wujud "Melayu Jawa"? Atau sekadar untuk mempertahankan kewujudan Melayu itu sendiri? Kalau dilihat dari segi bahasa, Jawa itu sendiri adalah satu bangsa. Kalau Melayu itu juga bangsa, tidak kah pelik wujudnya dua identity bangsa dalam "Melayu Jawa"? Bangsa Melayu juga didakwa berasal dari bangsa Mandailing dari Tanah Jawa. Adakah bangsa Mandailing yang "mencipta" bangsa Melayu sebagai satu identiti baru mereka dan menamakan Semenanjung Tanah Melayu? Di awal abad ke 19, orang2 Mandailing yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu merupakan pelarian dari Tanah Jawa dari peperangan saudara di sana.

Fakta:
Kepada Bangsa Mandailing dan Jawa, Melayu adalah satu perkataan yang bermaksud "lari"(run). Bermakna Tanah Melayu bermaksud "Tanah Pelarian"....??!!

Monday, September 13, 2010

Pemasyhuran Tuanku Sultan Kelantan ke 29

Salam.

Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, telah selamat dimasyhurkan (BUKAN ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari ini, Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah, di Balai Rong Seri Istana Balai Besar,Kota Bharu  pada pukul 12.30.

Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010.

Perkara 23A ini berbunyi:

"Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat"

Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini."

Sekitar Permasyhuran Tengku Faris sebagai Sultan Kelantan.


MB Kelate TGNA mengumumkan pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa hari ini di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. Hadir sama Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Tengku Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyhuran Raja Kelantan daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istanan Balai Besar di sini hari ini.


Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kiri) dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa hari ini.


Daulat Tuanku! Allahu Akhbar!

Sunday, September 12, 2010

Melayu Kita IV


Adakah kisah yang telah dihikayatkan itu sebuah mitos atau sejarah orang Melayu? Apa pun, pengkisahannya telah menterjemahkan kekuatan prinsip orang Melayu dan cubaan memecahbelahkan orang Melayu oleh bangsa lain. Kesemua watak utamanya berpegang kpd prinsip mempertahankan hak, kepahlawanan, kesetiaan dan pengorbanan. Tuah mewakili orang melayu yang setia. Jebat pula berkorban utk sebuah keadilan dan persahabatan sejati. Sultan bangkit dari hak baginda dicabuli oleh Tuah sebagaimana difitnahkan Patih Karma Wijaya. Seperti peperangan Jamal di antara Sy Aisyah menentang Sy Ali, masing2 berpegang kpd prinsip masing2. Hanya Allah SWT Yang Maha Arif tentang kebenaran.

Kita sering menuding kepada Tuah ataupun Jebat ataupun Sultan yang bersalah. Salahkah Tuah taat setia kepada Raja nya? Atau salahkah Jebat menuntut keadilan dan berkorban utk sahabat karibnya? Ataupun salahkah Sultan pertahankan hak baginda ke atas dayang istana milik baginda? Puncanya , fitnah. Sultan dikatakan menjatuhkan hukuman pada Tuah tanpa usul periksa. Itu kesilapan baginda Sultan. Kalau dihalusi , kemarahan Sultan sebenarnya bukan kerana kesalahan Tuah bermukah tetapi kerana Tuah bermukah dengan dayang istana – dayang milik baginda Sultan. Kalau lah Tuah difitnah bermukah dengan wanita yang bukan dayang istana , Sultan tentunya tidak akan murka. 

Pesalah utamanya adalah Patih Karma Wijaya. Ada agenda di sebalik fitnahnya. Betulkah Patih Karma Wijaya semata2 dengkikan Hang Tuah atau jawatan Laksamana atau bertindak sebagai ejen Kerajaan Majapahit dlm usaha melumpuhkan ataupun mungkin menjatuhkan Kerajaan Melayu Melaka? Mungkin kalau Jebat tidak derhaka atau Patih Karma Wijaya tidak dibunuh Jebat, Kerajaan Melayu Melaka akan jatuh ke tangan Kerajaan Majapahit? Dan mungkinkah sekarang kita di bawah jajahan takluk Kerajaan Indonesia?  Watak Tuah, Jebat, Sultan, Patih Karma Wijaya sentiasa ada silih berganti dan di kalangan orang Melayu sekarang pun ada.

Orang Melayu adalah satu bangsa yang cukup hebat. Tidak ada senjata dan kekuatan fizikal mampu melemahkan orang Melayu. Tapi orang Melayu selalu tewas kerana sifatnya. Mudah percayai orang lain. Tidak sekali2 berburuk sangka kepada orang lain. Lantas membiarkan orang lain mengambil peluang ke atasnya. Bak kata Usman Awang,

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Itulah Melayu, asalnya Nusantara. Walaupun tidak pasti di mana asal tanahairnya. Pastinya Melayu itu sifatnya menterjemahkan Muslim Mukmin dikisahkan Illahi dlm Kitab Suci Al-Quran. Rungkaikan sifat seorang Muslim Mukmin dan bandingkan sifat seorang Melayu. Sejak `Azali , Muslim Mukmin itu adalah Melayu.

Saturday, September 11, 2010

Ceghitonyo di stesen minyak di Kuala Lumpur


Di sebuah stesen minyak ini ada dua orang pekerja bangla yang hanya tau cakap melayu sikit, omputih sikit.Seorang itu bernama Majid dan seorang lagi bernama Hasan.

Pada satu hari berhenti lah sebuah kereta mercedes utk mengisi minyak. Pemandu kereta itu seorang yg berbangsa arab. nok jadi kebetulan pula minyak di stesen minyak itu dah abis dan ini mendatangkan masalah kepada Hasan utk memberitau kepada org arab itu bahawa minyak dah abis. Orang arab itu pula tidak tau berbahasa omputih lagi la berbahasa melayu, bahasa isyarat pun tak paham. Hasan cuba memberitau kepada org arab tu sambil menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abis, tetapi orang arab tu ternganga luas tanda tidak paham. 

Hasan cuba lagi sekali lagi dengan menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan kepala, tetapi orang arab tu ternganga luas juga tanda tidak paham ler tu. Hasan pun tak tau nak buat camner..dia pun pegi kat Musa utk menerangkan situasi dia sekarang. Kemdian, Musa dengan penuh yakin pun berkata kepada Hasan:" ok tak per...aku tau sikit-sikit cakap arab" Lalu pergi lah Musa dekat org Arab tu dan berkata;

"Fuel!, Sodoqallahulazim" ...!!!

Dan baru lah org arab tu pun angguk-angguk dan blah......paham agaknya tu !

Friday, September 10, 2010

Masjid Muhammadi 2

Antara imej2 menarik Masjid Muhammadi yang ambo ketemu dalam internet. (Sumber dari sini…Google dan Blogger )