Sunday, January 30, 2011

Kelantan Menang Piala Sultan Haji Ahmad Shah @ Piala Sumbangsih








Kelantan meneruskan kecemerlangan di persada bolasepak negara. Buat julung kalinya juga berjaya memenangi Piala Sultan Haji Ahmad Shah @ Piala Sumbangsih, sebagai pembuka tirai tahun 2011. Kejayaan menewaskan Selangor The Red Giant 2-0 telah mengesahkan kewibawaan Kelantan The Red Warrior sebagai kuasa baru bolasepak di Malaysia. 

Undi pulok...N05 Tenang.

“BARISAN” rapat2, timbang dengan ADIL” “BULAT” kan tekad, pakahlah hak mana berkenan di hati.....

Friday, January 28, 2011

Gurindam Jiwa

indah sungguh bahasa kiasan melayu....hendak mati di hujung kuku, hendak berkubur di tapak tangan.....


Sunday, January 9, 2011

Kekal menawan pikat suami

INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.
Sumber myMetro.com

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.

Thursday, January 6, 2011

Cg.Mah n YB ziarah Sairozi Daud



Bekas pemain Kelantan (2005) Sairozi Daud dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu pagi semalam setelah tahap kesihatan beliau merosot sejak beberapa hari yang lalu ekoran penderitaan penyakit barah tengkuk yang dihadapi beliau hampir setahun lalu.

Sairozi, 32 tahun, mula dikesan menghidap penyakit barah tengkuk sejak awal Febuari tahun lalu dan menjalani pembedahan di Hospital Pakar Sultan Abdul Samad, Johor Bahru serta pernah menerima rawatan kimoterapi sebanyak tujuh kali selain radioterapi sebanyak 36 kali sepanjang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.


YB Abdul Fattah Mahmood dan isterinya sempat menziarahi Sairozi Daud yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, semalam.

Banggo ambo ado saing mace YB n isteri (Cg. Mah-saing jok skoloh rendah).

sumber kelate.net.

Tuesday, January 4, 2011

Sanah Helwah

Selamat menempuh gerbang 47 saudara ku....Ambo Che Loh...Mere Abe...Qee Lan Than

Kepada Mu aku pasrah

Bismillahi Rahmani Rahim

Astaghfirullah……..   
AKU MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH YANG MAHA BESAR YANG TIDAK ADA TUHAN SELAIN DIA YANG HIDUP DAN SELALU JAGA DAN AKU BERTAUBAT.

Laailahaillallahuwahdahu………..
TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH TUHAN YANG MAHA ESA TIADA YANG MENYEKUTUINYA. BAGINYA KERAJAAN DAN PUJIAN YANG MENGHIDUPKAN DAN YANG MEMATIKAN. DIA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU.

Allahummasolli’alaMuhammad wa’alaali Muhammad
YA ALLAH, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS (NABI) MUHAMMAD DAN KE ATAS KELUARGA (NABI) MUHAMMAD.

Allahummaajirnaminannar
YA ALLAH, LEPASKAN KAMI DARI API NERAKA.

Allahumaantassalam………
YA ALLAH, ENGKAULAH PENYELAMAT DARIPADA MU LAH DATANGNYA KESELAMATAN. SEMUGA ENGKAU HIDUPKAN KAMI SELALU DALAM KESELAMATAN DAN MASUKKAN LAH KAMI KE DALAM SYURGA MU DARUSSALAM. DARIPADA MU SUMBER KEBERKATAN DAN ENGKAU YANG MAHA TINGGI MAHA BESAR DAN MAHA PEMURAH.

Al-Fatihah.
AKU  BERLINDUNG  DENGAN ALLAH DARI SYAITAN YANG DIREJAM. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. SEGALA  PUJI  BAGI  ALLAH PEMILIK SEKELIAN ALAM.TUHAN YANG MAHA   PENGASIH    DAN   MAHA   PENYAYANG.   YANG   BERKUASA SEPENUHNYA PADA HARI KIAMAT. KEPADA MU KAMI MENYEMBAH KEPADA  MU   PULA  KAMI  MEMINTA  PERTOLONGAN.  TUNJUKILAH KAMI   JALAN   YANG  LURUS.  IAITU   JALAN  ORANG-ORANG  YANG TELAH ENGKAU ANUGERAHKAN NIKMAT KEPADA MEREKA, BUKAN JALAN    MEREKA   YANG    DIMURKAI   DAN   BUKAN    PULA   JALAN MEREKA YANG SESAT.

Al Baqarah   ayat 1 - 5
Alif , Laam , Miim
Kitab Al-Quran ini , tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) , ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
Iaitu , orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib , dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami (Allah) berikan kepada mereka.
Dan juga , orang-orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) , dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu , serta mereka yakin akan (adanya) Hari Akhirat (dengan sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka , dan merekalah orang-orang yang berjaya. 

Al Baqarah   ayat  163
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa , tiada Tuhan (Yang Berhak Disembah) selain dari Allah , Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani.

Al Baqarah  ayat  255 (Ayatul Kursi)
Allah , tiada Tuhan (Yang Berhak Disembah) melainkan Dia , Yang Tetap Hidup , Yang Kekal Selama-lamanya mentadbir (sekelian makhlukNya). Yang tidak mangantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberikan syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka , sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) Ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi , dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (Darjat KemuliaanNya) , lagi Maha Besar (KekuasaanNya).

Al Baqarah  ayat  256  &  257
Tidak ada paksaan dalam ugama ( Islam ) , kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran ( Islam ) dari kesesatan ( kufur ). Oleh itu , sesiapa yang tidak percayakan Taghut , dan ia pula beriman kepada Allah , maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) , Allah Maha Mendengar , lagi Maha Mengetahui.
Allah Pelindung ( Yang Mengawal dan Menolong ) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir , penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka , mereka kekal di dalamnya.

Al Baqarah ayat  284 , 285 & 286
Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan apa yang ada di dalam hati kamu , jika kamu melahirkan atau kamu menyembunyikannya , nescaya akan dihitung oleh Allah. Kemudian Ia (Allah) mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah) , Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya , dan juga orang-orang yang beriman , semuanya beriman kepada Allah , dan Malaikat-malaikatNya , dan Kitab-kitabNya , dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata) : “Kami tidak membezakan Rasul-rasulNya antara seorang dengan yang lain”. Mereka berkata lagi : “Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya , dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : “Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami , oleh itu , tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap orang-orang kafir”.

Al Imran  ayat   18 & 19
Allah menerangkan (kepada sekelian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan , dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan
menegaskan juga yang demikian) ; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia ; Yang Maha Kuasa , lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.

Al Imran ayat   26 & 27
Katakanlah (wahai Muhamad) : “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa  pemerintahan ! Engkaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa  yang Engkau kehendaki , dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki , dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya  Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang , dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati , dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki , dengan tiada hitungan hisabnya”.

Al An’aam   ayat    59
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib , tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja ; dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan ; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya , dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering , melainkan (semuanya) ada tertulis  di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

At Taubah   ayat   128 & 129
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) , yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu , yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu , (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar , maka katakanlah (wahai Muhammad) ; “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) , tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia ; kepadaNya aku berserah diri , dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”  

At Talaaq ayat 2 & 3
.......dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), 
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah , maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


DOA-DOA

Allahummaghfirlana waliwalidayya warhamhuma kamaa rabbayaanaa soghiro.
(Ya Allah ampunilah daku dan rahmati lah dan belas kasihani lah kedua ibubapa ku sebagaimana belas kasihannya mereka kepadaku sewaktu kecil2 ku dulu)

Rabbana hablana min azwajina wazurriyyaatina qurrata a’yun(nin) waj a’lna lilmuttaqi naimaamaa.
(Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri2 (kami) dan zuriat keturunan kami perkara2 yang menyukakan hati (kami) melihatnya, dan jadikan lah kami imam ikutan bagi orang2 yang (mahu) bertaqwa)
(25: Al-Furqan ayat 74)

Rabbishrahli sodri wayassirli amri wahlul ‘uqdatammmil lisani yafqahu qauli.
(Wahai Tuhan ku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataan ku. (20: Al-Ta Ha ayat 25-28 – doa Nabi Musa)

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru - AD

Tahun baru. Cepat masa berlalu. dah 2011. cantik nombor ari ni ...1-1-11. Kenapa perlu disambut Tahun Baru Masihi?

Pd pendapat ambo lah...orang Yahudi & Nasrani telah menjadikan Tahun Baru ini sebagai suatu hari yg amat penting & istimewa. Perlu disambut dan dirayakan. Dan mereka telah melakukannya sejak berabad2 sehingga sekarang. So, ada baiknya kita, umat Islam, umat Nabi Muhammad s.a.w tidak meraikan hari tersebut, walaupun, dgn mengadakan majlis ilmu! Supaya tidak serupa dengan Yahudi & Nasrani, yang meraikan hari tersebut. Satu cerita zaman nabi s.a.w. Nabi s.a.w telah mengarahkan umat dia buang misai, tinggal janggut sahaja....semata2 supaya lain drp Yahudi!

Ada sesetengah dari kita adakan majlis ilmu pada hari tahun baru. katanya, lebih baik ada pengisian ilmu. apa....nak tunjuk kita lebih baik dari org lain kerana menganjurkan majlis ilmu pd hari tahun baru? Tahun Baru Masihi bukan tahun baru utk kita raikan. Tahun Baru kita adalah Awal Muharam. Itu perlu diraikan. Itu pun tidak wajib diadakan majlis ilmu.....cuma sebagai salah satu pengisian perayaan saja. x buat x dosa pun!

Berkenaan singkatan AD ni, ramai kita ni hanya tahu sebut, tahu tulis, tahu turut, tahu kata...je. makna...buta! org buat, kita ikut buat. sebenarnya kita tak pernah guna pun AD ni. menurut encyclopedia, Anno Domini bahasa latinnya, bila di-inggeris- kan "in the year of our Lord"....lebih jelas lagi....."reckoned year of the birth of Jesus of Nazareth". So....x yah ambil pot lah pasal AD ni.

Begitu juga ..."am" & "pm". Bukan nya pelik makna nya. Hak kita tahu lepas tulis waktu tulis benda tu. Am & pm tu, bahasa latin...am "ante meridium" di-inggeris- kan "before mid day", or "before the middle of the day" dan pm "post meridiem" –inggeris- "after mid day" or "after the middle of the day".