KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini.
KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar.
Kedua-dua pasukan mencari kejuaraan sulung. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final.
Dan, ini kali pertama Sime Darby muncul di final.
Kemenangan ini sekali gus menghancurkan impian pasukan KL Sime Darby untuk mencipta kejutan selaku pasukan berstatus kelab menjuarai Piala FA buat kali pertama dalam kancah bola sepak negara.
Kejayaan ini turut memberi tuah kepada Kelantan apabila berjaya membawa pulang trofi baru yang berharga RM80,000 sekali gus melengkapkan koleksi trofi kejohanan domestik.
Pada perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan dilihat seimbang dan agresif pada babak awal perlawanan di mana masing-masing mengasak ke kubu untuk mencipta gol.
Percubaan awal oleh pemain KL Sime Darby, Azmirul Azmi pada minit kesembilan bagaimanapun gagal apabila berjaya ditangkap kemas penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Sejurus selepas itu, sorakan stadium mula bergema apabila giliran Kelantan menguji penjaga gol KL Sime Darby, Mohd Redzuan Harun menerusi rembatan yang sama dari Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-13.
Kemudian, sepakan percuma Indra Putra ditangkap kemas penjaga gawang Sime Darby pada minit ke-20.
Pada minit ke-28, pemain sayap Kelantan, S.Chanturu dijatuhkan selepas membuat larian solo melepasi pemain Sime Darby di sudut kanan pintu gol.
Pemain pertahanan skuad Kijang yang mengalami kecederaan terpaksa dikeluarkan dan Rizal Fahmi Abdul Rosid dibawa masuk pada minit ke-32.
Kelantan memperoleh sepakan sudut yang pertama menerusi Zairul Fitree Ishak namun tandukan Mohd Badhri Radzi hampir berjaya menewaskan penjaga gol Sime Darby.
Tandukan penyerang import Kijang, Muhamad Ghaddar tersasar pada minit ke-41.
Pada babak kedua, Kelantan yang jelas sukar digugat oleh KL Sime Darby mendominasi babak kedua permainan dan keputusan tersebut kekal sehingga tiupan wisel terakhir.
Barisan Pemain: Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree Ishak, S.Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), S. Chanturu (Mohd Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohammed Ghaddar Mahmoud. Sime Darby: Mohd Redzuan Harun, Es Lizuan Zahid Amir (kapten), Mohd Arif Ismail, Mohd Shazlan Alias, Mohd Fairuz Abdul Aziz, Azmirul Azmi (Mohammad Syukur Saidin), Mohd Nor Ismail, Mohd Shoufiq Khusaini, Leandro Teofilo Santos Pinto (Razali Umar Kandasamy), Mohd Faiz Mohd Isa, Patrick Ronaldinho Wleh (Mohd Asrol Ibrahim). Pengadil: Suhaizi Shukri
KELANTAN menjuarai Kumpulan H Piala AFC setelah menewaskan AYEYAWADY UNITED 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV semalam. The Red Warriors akan bertemu dengan TERENGGANU (Naib Juara Kumpulan F) pada perlawanan pusingan kedua dalam Group of 16 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada 23 May 2012.
Keputusan penuh perlawanan melibatkan The Red Warriors :
07 Mac 2012 : Kelantan vs Navibank Saigon 0-0
21 Mac 2012 : Ayeyawady United vs Kelantan 3-1 04 April 2012 : Kelantan vs Arema Indonesia 3-0 10 April 2012 : Arema Indonesia vs Kelantan 1-3 24 April 2012 : Navibank Saigon vs Kelantan 1-2 08 May 2012 : Kelantan vs Ayeyawadi United 1-0
Kelantan diwakili 98% pemain tempatan kecuali Obinna.
Hadiah harijadi paling bermakna buat Bojan Hodak yang dilihat bijak mengatur strategi untuk anak buahnya menang besar di Kota Bharu pada malam tadi. Kemenangan kedua Kelantan ke atas Lion XII ini mencatat sejarah hitam kepada Lion XII yang julung kali menyertai Liga Super pada tahun 2012 ini dan Kelantan menutup saingan pusingan kedua Liga Super ini menentang Lion XII dengan keputusan di luar jangkaan seluruh peminat bolasepak Malaysia dan Singapura.
Amazing Kelantan!
Namun jurulatih Lion XII V. Sundramothy akur kerana Kelantan bermain cemerlang pada malam ini dan berhak menang besar. Bojan Hodak pula tenang dan tidak menyangka menerima hadiah harijadi terlalu besar yang dihadiahkan para pemain.
Gawang Lion XII bagai di langgar todak @ Bojan Hodak?
Ketiga-tiga gol Kelantan layak di letakkan gol terbaik minggu ini. Jaringan S Chanturu, Norfarhan dan Rizal Fahmi persis jaringan terbaik perlawanan antarabangsa.
Kini Kelantan mengejar rapat kedudukan Lion XII di tahta liga dengan perbezaan dua mata 34 mata dan 36 serta 3 perlawanan memisahkan Kelantan dan Singapura. Kekecewaan Norshahrul yang gagal menyempurnakan sepakan penalti berjaya ditebus kembali melalui bantuan hantaran yang baik kepada rakan-rakan.
Jumlah kehadiran penyokong Kelantan mampu memecahkan Stadium Jalan Besar.
Kelantan semakin cemerlang dan sudah berada dalam prestasi menyakinkan selaku juara yang bakal merampas tahta liga dan kejuaraan Piala FA nanti. Tahniah kepada seluruh penyokong Kelantan kerana andalah pencetus dan pembakar semangat para pemain. GOMO KELATE GOMO.