Thursday, November 29, 2012

wat takdok aroh...

Md Alwi: Kejayaan Red Warriors usaha Umno Kelantan

KUALA LUMPUR - Perwakilan Umno Kelantan berkata, parti itu adalah faktor utama kejayaan The Red Warriors memperoleh tiga gelaran musim ini termasuk Piala Malaysia bulan lalu.

Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri berkata, Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas hanya menempa nama di sebalik kejayaan Red Warriors sedangkan Umno bertungkus-lumus dalam memastikan kejuaraan tersebut berjaya dicapai.

Menurutnya, pasukan bola itu mampu menjadi kuat kerana hasil usaha Umno mencari bakat-bakat baru dan lama untuk membarisi senarai utama pemain Red Warriors.

"Red Warriors adalah menifestasi Umno Kelantan, Pas satu sen pun tidak pernah menolong Red Warriors. Sedangkan Umno bantu dengan menyumbangkang RM1.2 juta. Ini baru RM1 juta, cuba kalau RM3 juta," kata beliau ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, hari ini.

Timbalan Ketua Bahagian Ketereh berkata, pemilihan pemain yang berbakat ini adalah strategi penting yang perlu diadaptasi dalam pemilihan calon boleh menang untuk bertanding atas tiket Umno.

"Kita pilih pemain terbaik dari Kelantan, pemain terbaik yang boleh 'score' gol... inilah 'winnable candidate' yang Datuk Seri Najib Tun Razak maksudkan.

"Tua atau muda tidak penting, janji mampu beri aksi terbaik untuk masa itu, inilah analogi yang cukup mudah buat kita faham tentang calon boleh menang," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas.

Sinar Harian

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Ambo nok ucap selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kpd semo sobat2 ambo di mana jua anda semo2 berada semugo senantiasa mendapat rahmah dan barakah-Nya dan di bwh lindungan-Nya...ameen!

Wednesday, November 7, 2012

Mantan PM jengkel ditanya mengenai anaknya

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

baca seterusnya di...Malaysiakini