Md Alwi: Kejayaan Red Warriors usaha Umno Kelantan
KUALA LUMPUR - Perwakilan Umno Kelantan berkata, parti itu adalah faktor
utama kejayaan The Red Warriors memperoleh tiga gelaran musim ini
termasuk Piala Malaysia bulan lalu.
Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan
Negeri berkata, Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas hanya menempa nama
di sebalik kejayaan Red Warriors sedangkan Umno bertungkus-lumus dalam
memastikan kejuaraan tersebut berjaya dicapai.
Menurutnya, pasukan bola itu mampu menjadi kuat kerana hasil usaha Umno
mencari bakat-bakat baru dan lama untuk membarisi senarai utama pemain
Red Warriors.
"Red Warriors adalah menifestasi Umno Kelantan, Pas satu sen pun tidak
pernah menolong Red Warriors. Sedangkan Umno bantu dengan menyumbangkang
RM1.2 juta. Ini baru RM1 juta, cuba kalau RM3 juta," kata beliau ketika
membahaskan usul ucapan dasar presiden, hari ini.
Timbalan Ketua Bahagian Ketereh berkata, pemilihan pemain yang berbakat
ini adalah strategi penting yang perlu diadaptasi dalam pemilihan calon
boleh menang untuk bertanding atas tiket Umno.
"Kita pilih pemain terbaik dari Kelantan, pemain terbaik yang boleh
'score' gol... inilah 'winnable candidate' yang Datuk Seri Najib Tun
Razak maksudkan.
"Tua atau muda tidak penting, janji mampu beri aksi terbaik untuk masa
itu, inilah analogi yang cukup mudah buat kita faham tentang calon boleh
menang," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment