Lamo dok jengok blog. mood takdak be! ari ni ni buke nyo ado mood sangat tapi ado angin. angin doh pusar atah kepalo.
Rupo nyo ramai yg ado otak takdak akai. jadilah otak yg xleh pakai. mostly ore bayo2 ambo...40an. biasonya bilo reach 50s dio mulo kendur la sikit. meme betul la...x kiro la ngaji sapai ujung dunio pong kalu de nyo akai tu useless atau not applicable...kecek be-sembur air liur je.
Akai kito ni ado hubungan langsung dgn hati. hah...ni dah buat aku konpius. detik hati dulu atau akai fikir dulu?
Allah s.w.t. kato :
“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.” (al-Hajj : 46)
Nabi s.a.w. pun kato :
“Akal itu adalah cahaya dalam hati yang dapat membezakan antara yang benar dan yang palsu. Ketahuilah bahawa, perbandingan akal dalam hati adalah seperti perbandingan lampu di dalam rumah.”
“Akal itu adalah cahaya dalam hati yang dapat membezakan antara yang benar dan yang palsu. Ketahuilah bahawa, perbandingan akal dalam hati adalah seperti perbandingan lampu di dalam rumah.”
Imam al-Ghazali pulok kato:
“Hati itu ibarat cermin, apabila terang cerminnya, maka teranglah segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterima.”
Ado sore hamba Allah berkata-kata :
Akal mencetuskan Tahu, Hati mencetuskan Yakin dan Mahu, Nafsu pula menentukan Mampu. Ilmu dapat me-muas-kan Akal, Iman dapat me-muas-kan Hati dan menjerat Nafsu. Muallim (guru) mengajar untuk memberitahu, Murabbi (pendidik) mendidik untuk mencetuskan mahu dan memimpin kebuasan Nafsu. Hati adalah Raja anggota badan. Akal adalah Bendahara kepada hati. Nafsu pula Pengacau yang boleh memburukkan Akal dan Hati. Ringkasnya, Hati menentukan tindakan, Akal memandu Hati untuk bertindak membuat kerja dengan 'betul-betul'. Nafsu pula Perosak kepada 'perancangan' Hati dan Akal! Disamping faktor dalaman tersebut, faktor luaran juga mempengaruhi 'penghijrahan' seseorang, untuk keluar daripada zon selesa kepada zon derita, buat sementara!
Nafsu pulok doh....Nabi s.a.w. pulok kato :
“(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya.”
Manusia ni bilo raso diri doh ter-lebih pandai ter-lebih ngajian ter-lebih jauh be-jale2...ter-selit lah riak takabur ujub menunjuk2 beraso gah pd diri. kecek doh tak bunyi melayu doh. be-terabur perkataan ore puteh be-sembur ayat mat saleh. bahaso antarabangsa kata kan. baru ado klas. itu lah melayu. agaknya ter-pengaruh dgn sikap angkuh bangsa lain. samo melayu pun be-kecek omputeh apa ke hal nye! tapi sebenarnya satu2 nya sikap terpuji ore melayu.....pantang dicabar! bilo bangsa lain be-sembur be-kecek omputeh dio pun nok lagu tu jugok la. dio ake buktikan dio jugok buleh. itu lah malaysia boleh. melayu lah penciptanya.
Bisyr Al-Hafi pernah mendefenisikan ujub sebagai : “Yaitu menganggap hanya amalanmu perbuatanmu kelakuanmu perkataanmu saja yang lebih baik lebih banyak dan memandang remeh orang lain.”
Parah lagi sebagaimana sabda Nabi s.a.w. :
“Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.”
Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata:
“Iblis jika ia dapat melumpuhkan Bani Adam dengan salah satu dari tiga perkara ini: ujub terhadap diri sendiri, menganggap amalnya sudah banyak dan lupa terhadap dosa-dosanya.”
Tapi jange sapai buto hati. firman Allah s.w.t. :
Sesungguhnya penglihatan (mata kasar) itu tidaklah buta, tetapi yang buta itu ialah (mata) hati yang ada di dalam dada.” (al-Hajj : 46)
Dan pokok pd segalo2 nyo adalah....
“Dan tidaklah Aku Allah ciptakan (makhluk) dari kalangan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (Adz-Dzaariyaat : 56)