Monday, August 30, 2010

Pendidik la ni terlebih ka terkurang didikan

Guru disiplin promosi ubat seks di sekolah

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/08/30

JOHOR BAHRU: `Cikgu Power.' Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa.
 
Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.
 
Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan.
 
"Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah.
 
"Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu," katanya di sini, semalam.
 
Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk `Abang Best'.
 
"Saya terkejut kerana laman web produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuan mempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang.
 
"Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia boleh membawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial," katanya yang berharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannya berterusan.
 
"Saya berharap Jabatan Pelajaran Johor memandang serius perkara itu," katanya.
 
Ibu bapa pelajar sekolah itu juga ada membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, pada 16 Ogos lalu selain mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan sekolah.
 
Aduan turut dikemukakan di Jabatan Pelajaran Johor selain Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Sufa'at Tumin, berkata pihaknya menerima aduan ibu bapa pelajar berkaitan dakwaan terhadap guru terbabit dan siasatan terhadap guru itu dijalankan.
  
"Kami perlu meneliti pekeliling pelantikan jawatan sebagai guru sama ada membenarkan seseorang untuk berniaga di luar. Kami juga akan menyiasat dakwaan yang menyatakan guru terbabit cuba mempengaruhi pelajar," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sunday, August 29, 2010

ceghito tok bilal

Nok jadi ko ceghito nyo pagi ni tok bilal terlewat bangun. dio dengar ado doh oghe azan di surau. dale gelap samar2 tok bilal capai hok mano buleh capai. nok cepat nih...! sapai di surau ghuponyo tok imam duk azan. dio pon cepat2 buko de hampar sejadoh...... tengoh duk buko sejadoh dekat tok imam....tok imam: "hayya'alal falah...hahahahahahaha...!" suko selok tok imam....teghuh berenti azan. tok imam: "begapo namo atah palo pok teh tuuu.....hahahahahaha...!" pok teh tok bilal ghasar2 atah palo...."laaaa....hum-hum-hum....spendo mok teh mu la niiihhh....heheheh...!!!! (tersipu2 malu yang teramat!!!)

Saturday, August 28, 2010

nampak sangat politikkan isu...kelate bilo?

The Malaysian Insider - Terengganu terima royalti minyak RM1.6 bilion selepas Aidilfitri  



KUALA LUMPUR 28 Ogos — Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan menerima wang royalti RM1 6 bilion selepas sambutan Aidilfitri Namun beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana ia bergantung kepada perjanjian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang hanya akan muktamad selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri “Kita akan menandatangani perjanjian dengan kerajaan pusat selepasa Aidilfitri nanti “Tapi apa yang saya boleh katakan kerajaan negeri akan menerima sebanyak RM1 6 bilion wang royalti minyak ” katanya kepada pemberita selepas program Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Terengganu bersama Anak-anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC di sini Seramai 3 000 anak Terengganu terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tingga Awam hadir memeriahkan program itu Ahmad berkata jumlah wang royalti minyak yang bakal diterima kerajaan negeri Terengganu juga bergantung kepada harga pasaran minyak dunia “Sekarang ini harga minyak dunia AS$60 satu tong jika harga itu naik maka wang royalti juga bertambah dan ia merupakan satu bonus kepada kerajaan negeri “Tapi kalau harga minyak jatuh teruklah kita nanti ” katanya Ahmad berkata lebih 100 000 remaja berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan di bawah RM1 500 sebulan akan menerima wang sebanyak RM200 seorang sebelum Aidilfitri melalui program Dana Bakti Remaja Terengganu hasil wang royalti minyak Terengganu “Tahun ini kita beri kepada lebih 100 000 remaja di negeri ini dan juga anak Terengganu yang menuntut di luar “Setiap remaja yang terlibat yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima sebanyak RM200 seorang dan wang tersebut akan diagih-agih tidak lama lagi kerana borang-borang sudahpun diedarkan kepada remaja-remaja berkenaan “Jadi kita harap remaja-remaja yang menerima wang ini supaya tidak menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat ” katanya.



ceghito oghe tuo

Kelakar , kias mengias, kais mengais, oghe tuo jame dulu , ... kelakar selamba....slumberland...kato oghe jame lor ni. petua oghe tuo ni mace2....jange duduk atah batal takut naik bisul. kalu napok benda pelek jange gaduh nok tegur. kalu kelopok mato belah kanan gerak2 ada sedara belah ayah mati, kalu belah kiri belah mak pulok. kalu muko pasange duk bekasih tu seiras, ado jodoh dan kekal lama. mace2 lagi lah petu dan kato2 oghe tuo2 buat pedome kito yg terkemudian ni. oghe tuo2 ni kade2 dio pandai tutup kesilapan dio....ambo ado satu ceghito..... .
Berkata lah tok guru kpd anok murid dio, " bilo mandi wajib keno sghato sgalo bulu rom."(baco dailek liuk kelate kapong). betanyo lah pulok anok murid nyo, "bulu rom tu gapo dio tok guru?". sebenar nya tok guru baru sedar dio tersilap sebut "roma" jadi "rom". dulu ejaan jawi ra-wau-mim. kalu lor ni ra-wau-mim-alif. nok tutup silap dio pun cepat2 balas, " kalu banyok betanyo lemoh iman..!!" tercenge lah anok murid nyo. tok berani doh nak tanyo takut lemah iman..!  

Friday, August 27, 2010

Anok Kelate Bangkit


Anok Kelate hok ado di KL , Selangor , Negri9 , Melaka (x jauh mana dgn KL) hadirlah beramai2 utk sama alami sendiri saat bersejarah bagi  kita hamba rakyat Kelate....

Kerajaan Kelantan akan memfaikan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan Royalti 5 peratus, di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada hari Isnin, 30 Ogos ini jam 9 pagi. Sokongan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan exco Kerajaan negeri yang akan menghantar writ saman berkenaan.

PAS pusat n PAS di peringkat kawasan di seluruh Lembah Klang juga sama-sama hadir ke mahkamah pada hari tersebut. Begitu juga Persatuan Anak-anak Darul Naim (Persada). Khidmat Pesanan Ringkas SMS, FaceBook dan Twitter telah digunakan sepenuhnya menyebarkan maklumat ini.

Selesai urusan saman tersebut dibuat, satu majlis solat hajat akan dibuat di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan dijangka diimamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Thursday, August 26, 2010

Pengkalan Cepa

Bilo kecek pasal "sebuah kawasan yang hebat"....raso nyo Pengkalan Cepa meme hebat! Ibupejabat polis Kontijen Kelantan ado di P.Cepa. Kem askar , Airport , Penjara , Maktab Perguruan , Pusat Sumber, IPTA(UMK) , Sekolah Teknik , Sekolah Vokesyenal , pusat belibelah , bistro , kopitiam ,  dll. Waahh! Pengkalan Cepa buleh ado "kerajaan sendiri" napok nyo....itulah “jajahan takluk” sobat ambo, ustad pucong!

Wednesday, August 25, 2010

ceghito tok bomo

ado satu ceghito tok bomo. satu ari tu ado ore gi jupo tok moh nok suruh bomo waris dio hok tengoh sakit. lps bg tau rumoh sekian2 ore tu pon balik sbb tok moh kato 2 ari lg dio gi lah..! esok nyo tengoh male buto ore kanan tok moh pon gi tanam botol jampi tok moh di bawoh rumoh si sakit tadi. "malang"nya.....telah dilihat oleh saloh sore ore kapong situ. lps ore tok moh tadi balik....ore kapong tadi pon gi gali tmpt tadi dan terjumpa lah dio akan botol tadi ... tiba2 dio teraso nok membuang "hasil perut" nya......lalu tanpa buang masa dio pon terus.....dlm lubang tadi...!! esoknya belasunglah upacara per-bomoh-an di rumah si sakit. slps 15 minit tok moh pon naik syeh dan bercakap bahasa yg hanya difahami oleh ore kanan dio. kemudian terus tok kabar. lalu si ore kanan dio pon turun ke bwh rumah di turuti oleh bbbrpa ahli keluarga si sakit. sampai ke tmpt "tersebut" dio pon mulo menggali....sampai lah tibo2 dio meraung sekuat2 hati......t**i...!!!! ! berdesup ... si bomoh terjun ke bawah lari litang pukang samo2 ore kanan dio .. tok genap tanoh laa weehh.......  

Tuesday, August 24, 2010

Kubur di kubah masjid Nabawi

Salam. ambo ambik dr blog ni.....http://www.tayibah.com/eIslam/kubur_di_kubah.htm. Jazakallah.



SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika dia mencuba memanjat kubah tersebut untuk  menghancurkannya, tiba-tiba petir dan kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun mati serta merta di tempat tersebut. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu mengalihkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya". Wallahua'lam.

Posa weh!

Salam Ramadhan.

puah weh bule posa ni. ore tuo maroh kato gitu....puah gak baco Quran laa! hehe...laye internet lah dulu! buke apo....ambo baru lps bual dgn jiran hok bbini 3. sedak dih bini lbh dr 1 ni. (ni kecek tidok di bule posa la) pg2 lps atar anok skloh singgah rmh bini sore lg .. make nasik belauk (buat lauk skali!). tghari lps ambik anok skloh singgah pulok rmh bini sore lg .. make tghri (ggulai tghri pulok skali!). male krng pulok balik rmh hok sore lg .. make male .. male-male lah ... hai! bahagio nyo manusio bernamo Ore Jate! tapi .. de nyo duk buat lauk ggulai tghri ari2 .. 2 kilah reboh be! bule2 posa ni jrg2 kdg2 la .. bule ibadat lah katakn .. keno byk sobar!

ari ni dah 14 ari posa. ore tok kecek doh pasal gapo nok wat buko posa .. ore kecek pulok gapo nok wat rayo .. terutamo nyo mem2 tukang dapur lah .. sesi perabih pitih! kito lah jong perabih .. ado ore buat pitih dan sibuk rapat ko rayo. srupo kato dj kelate fm .. hok napok sgt sibuk nyo tokey kedai prabut dgn tuke jahit. sapai ko xleh nok janji bilo buleh atar sofa baru .. paling lewat pagi rayo! tapi bab tuke jahit ni ambo byok kali doh keno, dgn warih sdiri. kalu tepoh dgn dio gerenti, potong jali maaa, pagi rayo cokoh dio duk muko pintu rmh ambo..tapi sblm solat e'idulfitri laa...dak pe buleh pekena juadah rayo denge ambo...

mem ambo siap doh menu rayo kali ni ... soto n lotong! jemput lah ke rmh ambo (rayo prtma je!) kalu nak pekena soto n lotong "made in muor" gak...he3! 

Monday, August 23, 2010

sembang bule posa

Salam. lepas make colet smlm, ambo bual2 dgn saing2...timbul lah satu ceghito....

ni nok ceghito pasal sore "tok imam". ari2 siap bejuboh seghebe woh sebeh dtgn. satu ari dio litas satu surau d satu kapong. maso tu kebetule tok bilal @ tok imam kapong tu gi make gulai kapong seberang. bilo ore kapong dsurau napok kawe ni lalu, saloh sore pon iqomat. diaorg pon suruh kawe ni jadi imam. selesai lah solat....maka saloh sore ore kapong pon ber-sapa lah kpd si "tok imam" tadi...."sedap abe baco ayat tadi...".  lalu si "tok imam" tadi pon dgn "slumberland" menjawab bui...." hah....tu ambo tok ambik air sembahye lagi tuuu...!" ......mako terpinga2 lah sekelian makmum yg hadir....... !!!!!!  (ghupo nyo gilo isem...!!!)

Sunday, August 22, 2010

Bro Matju

Salam.

ambo ptg tadi gi melawat sahabat ambo, bro matju (xsmkb/xkpk). baru msk hkb dr hosp.pakar perdana (wad pglima tkt 5 bed 7). masalah jugak bro kita ni. dia pnya esofagus dah ter-blok - esophageal obstruction - ada blockage yg buat esofagus dia jadi narrow. 


doc kata mgkn ketumbuhan n mgkn jugak cancer esofagus. blm dpt dipastikn lg. dan lg doc ada jugak sebut pasal viruses n bacteria kat dia pnya stomach n mgkn jugak kena cancer stomach. blm pasti lg. hari lusa (SELASA) nak msk stent kat esofagus nak buat dilation supaya dapat msk makanan nak kasi tenaga sikit. kalu cara dilation ni xjadi, mgkn kena tebuk kat stomach utk msk makanan. sbb lps tu nak kena buat  radio-terapi (radiation therapy) - kena buat di usm plak! 

adus...kesian bro kita ni. sedih napok bini dia. pnjg lg cerita dia! ambo nak ambik ksmptan nak ajak siapa2 yg kenal ambo dan kenal jugok bro matju, pakat2 doa dan solat hajat utk bro kita ni semoga Allah SWT permudahkan segala usaha dan urusan perawatan beliau. Insyaallah ... AMIN!

agoknyo "stent" mcm ni nak dmskn dale esofagus matju..... 


... dan agaknya ni caranya stent tu dimskn......


Saturday, August 21, 2010

Tip Sehat di Bulan Penuh Rahmat

Salam. artikel ni ambo petik dale  REPUBLIKA.co.id....jazakallah.


Oleh Dr Briliantono M Soenarwo SpOT PhD

Makanan yang masuk ke dalam perut kita, tidaklah masuk begitu saja, meskipun sudah dikunyah terlebih dahulu di mulut. Ia mengalami proses yang panjang, rumit, dan memerlukan waktu yang tidak sebentar. Lambung kita memerlukan waktu sedikitnya enam jam untuk mencerna makanan sampai halus.

Setelah itu, makanan ini dikirim ke usus halus sedikit demi sedikit, sampai akhirnya lambung benar-benar kosong. Di dalam usus halus, makanan mengalami proses pencernaan lagi selama kurang lebih 4 jam sehingga makanan ini benar-benar bisa diserap oleh darah. Itu artinya, sejak masuk ke dalam mulut, sampai makanan itu diserap oleh darah, memerlukan waktu lebih kurang 10 jam.

Subhanallah, itulah sebabnya mengapa Rasulullah SAW selalu mengunyah sampai halus makanan yang masuk ke dalam mulutnya. Hal itu bertujuan untuk meringankan kerja lambung dan organ-organ pencernaan lainnya.

Melihat kerja organ-organ pencernaan yang demikian, kita patut bersyukur, Allah SWT mewajibkan kita berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Dengan kewajiban itu, seakan-akan Allah "mewajibkan" kita tetap sehat. Sebab, selama kurang lebih 15 jam kita puasa, organ-organ pencernaan akan mendapat istirahat total, kurang lebih lima jam.

Puasa yang dilaksanakan secara benar, tidak hanya akan menyehatkan organ-organ pencernaan, tetapi juga sistem syaraf pusat, menormalisasi metabolisme tubuh, membuang racun dan zat-zat kimia yang bisa membahayakan tubuh, serta menghilangkan lemak yang tidak dibutuhkan.

Hanya yang perlu diperhatikan adalah setiap mukmin hendaknya tetap menjaga dan mengendalikan nafsu makan saat berbuka dan sahur. Sebab, setelah 15 jam lambung tidak kemasukan makanan, lalu secara tiba-tiba dibebani tugas berat, akibatnya bisa bahaya.

Ketika waktu berbuka tiba, segeralah berbuka, terutama dengan yang manis-manis. Tapi, jangan berlebihan, yang penting sudah cukup menghilangkan haus agar saat shalat maghrib tidak kepayahan. Bila ingin makan berat, sebaiknya setelah tarawih. Itu pun tetap jangan berlebihan. Karena, setelah itu kita tidur dan beberapa jam kemudian makan sahur. Sebagai catatan, sahur, meskipun hanya dengan seteguk air, harus tetap dilaksanakan karena di dalamnya ada keberkahan. (HR Khuzaimah).

Bagi yang tidak mempunyai kebiasaan olahraga rutin dan teratur, sebaiknya jangan memaksakan diri berolahraga saat sedang berpuasa, kecuali sekadarnya. Olahraga yang baik adalah berjalan kaki, untuk membakar kalori. Tak perlu lama, cukup sampai berkeringat.

Tapi, sesungguhnya, shalat tarawih yang kita laksanakan bisa menjadi sarana relaksasi bagi tubuh dan tulang asalkan tidak tergesa-gesa dilaksanakan. Santai saja. Dengan demikian, tubuh bisa merasakan gerak yang ritmis dan tulang mengalami tekanan, kemampatan, dan peregangan yang bisa memperlancar sirkulasi darah. Wallahu a'lam.

Friday, August 20, 2010

Kesan zikir terhadap otak

Salam Jumaat. ambo petik dari  Halaqah.net  untuk dikongsi bersama....jazakallah.

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, August 19, 2010

KFC-PEPSI-STAN CHART-AIR ASIA

Salam. cerita ni banyak ditemui dlm internet. layaaannn...

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

Wednesday, August 18, 2010

Lailatul Qadar

Ni satu lagi "pendapat ulama" hak ambo baru dengar. betul ke tidak xtau lah....

Sebahagian ulama menggunakan kaedah berikut bagi menentukan mlm Lailatul Qdr, termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. 


Jika awal puasa pada hari ISNIN , Lailatul Qadar akan jatuh pada mlm 21 Ramadan.

Jika awal puasa pada hari SABTU , Lailatul Qadar akan jatuh pada mlm 23 Ramadan.

Jika awal puasa pada hari KHAMIS , Lailatul Qadar akan jatuh pada mlm 25 Ramadan.

Jika awal puasa pada hari SELASA atau JUMAAT , Lailatul Qadar akan jatuh pada mlm 27 Ramadan.

Jika awal puasa pada hari AHAD atau RABU , Lailatul Qadar akan jatuh pada mlm 29 Ramadan.

Wallahu'alam....  

Tuesday, August 17, 2010

Duduk antara 2 sujud

ambo nak kongsi email kiriman Joyah Sport (joyahsp@gmail.com) dalam KENALAN-ABADI@yahoogroup.com.....jazakallah.

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar,
Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah diri nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah SWT,

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah SWT seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah SWT.

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan kemudian sampaikanlah permintaan kedua.

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah SWT yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah SWT yang kita terima.

Ulanglah beberepa kali hingga kita merasa cukup berpuashati. Sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aib ku)

Warfa’nii (angkatlah darjat ku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’aafinii (sihatkanlah aku)

Wa’fu’annii (maafkanlah aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manafaat kepada orang lain.(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Monday, August 16, 2010

Lepasan UPSR

Ramai pelajar PMR dpt E dlm semua subjek. Sorang wakil ngo bg cdgn ...diorg 2 bg masuk sekolah vok atau teknik. 4 me lah...kalu bab cdgn ke vok or teknik ni....patutnya pelajar2 UPSR lg ...yg dapat 5E... ambo dengar kabar ramai juga & % nya agak tinggi juga. x semesti yg dpt 5E lah...pd pelajar2 yg x minat belajar cara formal. rasanya kalu awal2 diserap....pd peringkat PMR / SPM tu rasanya buleh kureng sikit yg kandas kut? 

Pasal E semua subjek. Memang lah pisang setandan tak semua elok. Tapi...bagaimana kita nak pastikan mereka2 ni kekal di dlm arus pendidikan negara. Nak mengelak dr bertambahnya warga mat rempit, doktor cucuk sendiri, social girl/boy dll. Tak ingat cerita "kowloon kl". Budak2 tu peringkat umur UPSR/PMR tu!


Kalu kita dah tau mereka2 ni x minat belajar yg formal, cari lah cara lain....supaya mereka2 ni ada ilmu/pelajaran. Kalu nak libat melalui pendidikan islam …..lagi payah. Lebih2 lagi warga pendidik, sepatutnya lebih peka kpd halatuju warga yg sebaya anak2 kita tu....yg bakal mencorakkan negara Malaysia akan datang. Moral warga kita skrg ni teruk.....terutaman ya melibatkan anak2 remaja. 12thn-16thn. BAYA ANAK-ANAK KITA TU ! 


Sunday, August 15, 2010

Eid Ramadhan

Salam.

Worrying does not take away tomorrow's troubles, it takes away today's peace. Often when we lose hope and think this is the end, Allah smiles from above and says, "Relax, sweetheart, it's just a bend, not the end!  When Allah solves your problems, you have faith in His abilities, when Allah doesn't solve your problems He has faith in your abilities.

Have a blessed Ramadhan my friends and may Allah accept ur fasting!

Saturday, August 14, 2010

Wudhu' Batin


ambo copy n3 sahabat ambo utk tatapan di bulan mulia ini.....

Assalamualaikum sahabat2ku yg dikasihi sekelian.

Tersebutlah seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf. Ia terkenal wara', tabah dalam ibadah dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau ibadahnya tidak diterima oleh Allah.Suatu hari Isam menghadiri pengajian seorang abid terkenal bernama Hatim Al Asham. Isam bertanya, Wahai Aba Abdurrahman (panggilan Hatim), bagaimanakah cara anda solat?

Apabila masuk waktu solat, saya berwudhu secara lahir dan batin," jawab Hatim. Bagaimana wudhu batin itu? tanya Isam kembali. Wudhu lahir adalah membasuh semua anggota wudhu dengan air. Sedangkan wudhu batin adalah membasuh anggota badan dengan tujuh perkara iaitu dengan taubat, menyesali dosa, membersihkan diri dari cinta dunia, tidak mencari dan mengharapkan pujian dari manusia, meninggalkan sifat bermegah-megah, menjauhi khianat dan menipu serta meninggalkan dengki, demikian dipaparkan oleh Hatim. 

Ia meneruskan lagi, setelah itu aku pergi ke masjid, kuhadapkan muka dan hatiku ke arah kiblat. Aku berdiri dengan penuh rasa malu. Aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku. Aku bayangkan pula seolah-olah aku berdiri di atas titian Shirathal Mustaqiim dan aku menganggap solatku ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat berusaha aku fahami maknanya. Aku pun rukuk dan sujud dengan mengecilkan diri sekecil-kecilnya di hadapan Allah. Aku bertasyahud (tahiyyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Seperti itulah solat yang aku lakukan dalam 30 tahun terakhir.

Mendengar paparan tersebut, Isam bin Yusuf tertunduk lesu dan menangis tersedu-sedu membayangkan ibadahnya yang tidak seberapa bila dibandingkan dengan ibadah Hatim Al Asham.

Jangan perkecilkan wudhu. Inilah pesanan tersirat yang disampaikan oleh Hatim Al Asham. Mengapa? Solat dan wudhu adalah satu kesatuan, bagaikan dua sisi mata wang. Tidak akan berkualiti solat seseorang bila wudhunya tidak berkualiti. Begitu juga tidak akan diterima solat bila tidak didahului oleh wudhu. Melalaikan wudhu sama ertinya dengan melalaikan solat. Wudhu adalah proses ibadah yang dipersiapkan untuk mensucikan diri agar mampu melakukan komunikasi dengan Zat Yang Maha Suci.

Oleh kerana itu, menyempurnakan wudhu adalah sebuah keutamaan sekaligus keharusan. "Ketika seseorang berwudhu kemudian membaguskan wudhunya dan mengerjakan solat dua rakaat, di mana ia tidak berbicara dengan dirinya dalam berwudhu dan solatnya tentang hal duniawi, niscaya keluarlah ia dari segala dosanya, seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya". Demikian sabda Rasulullah S.A.W. berdasarkan hadis dari riwayat Utsman bin Affan (HR Bukhari Muslim).

Kata "membaguskan wudhu" dalam hadis ini bukan sekadar difahami membasuh anggota-anggota badan tertentu secara merata. Namun ada yang lebih penting, iaitu membasuh, membersihkan dan mensucikan organ-organ batin dari keburukan dan dosa sambil terus berzikir kepada Allah. Inilah yang dikatakan wudhu batiniah. Wudhu yang akan membuat solat kita ada ruh-nya.

Nampaknya hadis ini memiliki perhubungan yang kuat dengan hadis yang disampaikan Utsman bin Affan lainnya. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Bila seorang Muslim berwudhu, ketika membasuh muka, maka keluar dari wajahnya dosa-dosa yang pernah dilakukan matanya bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya, maka keluarlah setiap dosa yang pernah dilakukan tangannya bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kakinya, maka keluarlah dosa yang dijalani oleh kakinya bersama titisan air yang terakhir, sampai ia bersih dari semua dosa. (HR Muslim).

Pengampunan dosa ini akan sukar untuk wujud dalam wudhu, andaikata hati kita lalai dari mengingati Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. menegaskan, "Barangsiapa mengingati Allah ketika wudhu, niscaya Allah sucikan tubuhnya secara keseluruhan. Dan barangsiapa tidak mengingati Allah, niscaya tidak disucikan oleh Allah dari tubuhnya selain yang terkena air sahaja. (HR Abdul Razaq Fi Jamius Shaghir). Sebenarnya, kata kunci untuk menghubungkan wudhu lahir dan wudhu batin adalah kesedaran atau niat yang tulus. Kita sedar apa yang sedang kita lakukan. Sedar bahwa wudhu adalah proses pembersihan diri. Sedar bahwa wudhu adalah wasilah untuk taqarrub ilallah. Sedar bahwa setiap basuhan air wudhu akan menggugurkan dosa-dosa.

Intinya kita sedar akan hakikat dan keutamaan wudhu serta memahami tatacaranya seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah S.A.W. Adanya kesedaran akan melahirkan keterikatan hati dengan Allah S.W.T. Saat berkumur-kumur misalnya, sedar dan niatkan bahwa air yang masuk ke mulut bukan sekadar membersihkan kotoran lahir, tapi juga dosa-dosa yang pernah kita ucapkan melalui lisan. Demikian pula saat mencuci tapak tangan, membersihkan lubang hidung, membasuh muka, membasuh tangan sampai siku, dsb. Niatkan sebagai wasilah pembersihan dosa yang ada pada bahagian-bahagian tubuh tersebut.

Aktiviti wudhu, sebenarnya tidak terbatas hanya ketika akan solat. Setiap ketika memiliki wudhu adalah sebuah keutamaan kerana dengan selalu menjaga wudhu, seseorang akan lebih terjaga perilaku serta kesihatan fizikal dan jiwanya. Salah satunya menjelang tidur. Dari Al Bara' bin 'Azib, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila engkau hendak tidur berwudhulah terlebih dahulu sebagaimana engkau hendak mengerjakan solat, berbaringlah dengan menghadap ke arah kanan dan berdoalah". (HR Bukhari). Hikmahnya, mendahului tidur dengan wudhu dan berzikir akan membuatkan tidur kita bernilai ibadah dan dicatat sebagai aktiviti zikir.

Seorang pakari kesihatan mengungkapkan, bila sebelum tidur kita berwudhu dan meminum sepertiga gelas air kosong, maka akan terjadi proses "grounding" dan neutralisasi keadaan negatif dalam tubuh. Hasilnya kita akan tidur tenang dalam pelukan cinta dan rahmat Allah S.W.T. Bila kita berzikir dan memuji Allah sebelum tidur, maka memori kita yang paling dalam akan merqkam dengan baik ikrar cinta kita kepada Allah S.W.T.

Wudhu menjelang tidur, akan mendekatkan seseorang kepada syurga. Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan seseorang itu sebagai ahli syurga. Para sahabat terkejut. Apa gerangan yang membuat orang tersebut dimuliakan sedemikian rupa. Setelah diselidiki, ternyata sebelum tidur ia selalu berwudhu. Ia bersihkan anggota badannya dari najis dan sebelum mata terpejam, ia bersihkan hatinya dari iri, dengki, dendam serta kebencian. Ia lupakan pula keburukan orang lain kepadanya sehingga hatinya benar-benar lapang.

Demikianlah, bagi seorang Mukmin, wudhu adalah pembersih di dunia dan perhiasan indah pada Hari Kiamat (HR Muslim).

Semoga Allah menggugurkan dosa2 kita melalui wudhu yang lahir dari jiwa yang suci.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS



Antara "kehebatan" orang perempuan


Di bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap.
Tetapi orang perempuan akan menambah kekerapan membeli-belah!

24jam sehari, 7hari seminggu, 30hari sebulan, 365hari setahun, tidak akan cukup untuk orang perempuan ..... bersembang!

Yang orang perempuan gemar ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi.
Yang orang perempuan tidak gemar ialah masak ikut resepi!

Orang perempuan sanggup keluarkan beratus ringgit untuk beli alat make-up.
Orang perempuan juga sanggup habiskan beratus ringgit membeli pencuci make-up!

Orang perempuan akan jadi separuh gila kalau tak tengok...cermin!