Sunday, August 1, 2010

the late Padang Beng n Padang Bas...the original Bazar Iftar

TGNA nak jadikan Bazar Ramadhan sebagai tempat santai. ditukar jadi Bazar Berbuka Puasa. melepak sambil berbuka puasa. seghupo oghe Arab di Beirut....      

TGNA kato...."apa salahnya kalau nama dan konsep Bazar Ramadhan itu ditukar kepada Bazar Iftar (berbuka puasa) bagi memberi penghayatan kepada umat Islam bahawa ada dua nikmat tersedia untuk mereka, iaitu ketika berbuka dan menyambut Idilfitri."

demo tak ingat ko....ambo ingat lagi jame dulu2...mulo nyo di Padang Beng depan Istana Balai Besar. lepas tu pindoh ko Padang Bas depan stesen bas Kota Bharu sebelah TNB lamo. kewujudan Padang Beng ni ambo kecik2 lagi. tapi hok fresh dale ingate nyo di bule puasa lah. oghe duk sallallah di masjid muhammadi ambo de saing2 gi minum halia telor puyuh di "bazar iftar" Padang Beng. ambo jugok peghenoh beberapa kali berbuka puasa di Padang Bas. lor ni  sejok dipindoh ke belakang flat Buluh Kubu, kemeriahan "bazar makanan" tu dah pudar....

saye nyo takdok gambar2 lamo Padang Beng n Padang Bas. Padang Bas sekarang dah jadi Kota Bharu Trade Centre. di situ ado Giant dan Parkson....bazar iftar padang beng n padang bas dalam kenangan....

No comments:

Post a Comment