Sebenarnya, pengetahuan kepada kursus pengajian kebanyakan ibubapa agak terbatas. Setuju atau tidak, guru2 dan PIBG memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan pelajar membuat pemilihan yang tepat.
Program mendedahkan pelajar kepada peluang pengajian di IPTA/IPTS dalam atau luar Negara, memang kerap dilaksanakan samada anjuran sekolah2, IPTA/IPTS, maupun KPT. Namun, pelajar tetap memerlukan "guideline" yang berterusan.
Pelajar2 perlu dijelaskan tentang tahap IQ mereka, subjek2 yang mereka cemerlang dan akhir sekali minat mereka. Minat, selalunya mendorong pelajar membuat pilihan yang salah. Ada budak aliran sains yang cemerlang tapi berminat kepada literature atau bidang perguruan. Dalam hal ini, penglibatan bersama ibubapa, guru2 dan PIBG adalah amat perlu.
Bangsa Melayu akan hancur sekiranya pelajar2 tidak mampu atau tidak mahu memikirkan masa depan mereka. Semestinya guru2 dan PIBG mempunyai tugas yang amat berat dalam usaha memperbetulkan keadaan ini. Kelangsungan bangsa adalah tanggongjawab kita bersama.
Kita jangan lupa tugas kita semua adalah sama – melaksanakan amanah dan tanggongjawab yang telah difitrahkan oleh Allah SWT. Kita akan ditanya di Kemudiannya - hidup yang berjaya, pangkat yang diberi, rezeki yang dilimpahi – adakah masalah anak2 bangsa kita telah ditangani dengan sempurnanya.
Begitu lah juga bila membicarakan tentang KE MANA dan DI MANA tempat yg sesuai utk pelajar lepasan UPSR dan PMR yang mendapat semua E atau D, dan yang tidak berminat kepada pelajaran formal di sekolah2 hari ini. Keadaan inilah yang menjadi salah satu punca utama menerbitkan gejala social yang tidak terkawal di Negara kita sekarang. Kabarnya sudah ada usaha2 dari pihak2 tertentu ke arah menangani masalah ini. Dasar Pendidikan Negara telah menetapkan setiap warga pelajar diwajibkan menghabiskan 11 tahun pengajian formal persekolahan mereka. Samada Dasar akan diubah atau tidak, yang pastinya suatu sistem pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka ataupun kemahiran, bakal diimplimentasikan.
Kita harap selepas ini gejala social di kalangan anak2 remaja di antara usia 12-17thn seperti mat rempit, penagih dadah atau gam, pemuas seks, dsb dapat dikurangkan malah ke tahap sifar sepenuhnya. Semoga pembentukan insan yang lebih bermodalkan Islamik dapat direalisasikan. Ini lah modal insan sebenarnya yang diperlukan oleh Negara kita sebagai sebuah Negara Islam.
No comments:
Post a Comment