China mungkin telah menemui cara untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di jalan-jalanraya di ibukota besar yang sentiasa sesak dengan kenderaan. Sebuah syarikat China, Shenzhen Huashi Future Parking Equipment Co. Ltd., sedang membina sebuah "Bas Cepat 3 Dimensi" (3D Express Coach) yang membolehkan kenderaan yang kurang dari 2 meter tinggi melalui di bawahnya.
Model ini kelihatan seperti keretapi bawah tanah atau transit aliran ringan/kenderaan gerabak ringan. Ketinggiannya adalah 4-4.5 m dengan dua peringkat: penumpang berada di tingkat atas sementara kenderaan lain lebih rendah daripada 2 m boleh melalui di bawahnya. Menggunakan kuasa elektrik dan tenaga solar, berkelajuan sehingga 60 km / jam. Kapasiti penumpang kenderaan ini adalah di antara 1,200-1,400 orang pada satu-satu masa. Kosnya adalah sekitar 500 juta yuan (RM233 juta @ USD74 juta) untuk membina sebuah kenderaan ini sahaja. Dikatakan bahawa kenderaan ini boleh mengurangkan kesesakan di antara 20-30%.
China Hush menyebut "Berada Di antara Bas" di sini... http://www.chinahush.com/2010/07/31/straddling-bus-a-cheaper-greener-and-faster-alternative-to-commute/


No comments:
Post a Comment