Tuesday, August 3, 2010

Politik merobah persepsi manusia

11 tahun dulu tahun 1999 , orang politik menentang habis2an sekeras-kerasnya guru2 yang aktif berpolitik. 

Menjelang PRU10 – seorang tokoh politik Pemuda UMNO, dengan lantang berkata,"….saya cabar guru yang ingin berpolitik supaya melepaskan jawatan dan turun gelanggang untuk menghadapi orang politik ". 

Dan Timbalan Menteri Pendidikan masa tu (1999) Datuk Mohd Khalid Yunus, turut memberi amaran keras kepada semua guru supaya tidak membincang dan membawa fahaman politik ke sekolah yang dilihat boleh merosakkan pemikiran pelajar sebaliknya memberi tumpuan kepada meningkatkan mutu pendidikan pelajar. 

Sekarang heboh semula tentang penglibatan guru2 dalam politik. Sekarang telah menjadi sebaliknya. Kerajaan dan orang politik sendiri telah memberikan sokongan kepada guru2 yang ingin aktif berpolitik.

Memanglah guru dahulu main politik sebab ada misi perjuangan. Menuntut kemerdekaan. Sekarang main politik untuk apa? Adakah lagi misi perjuangan yang belum selesai (?) yang menuntut penglibatan para guru? Tidak cukupkah lagi "ketokohan" politikus2 tanahair atau aktivis2 masyarakat atau pejuang2 bangsa atau chauvinist2 moden mendokong misi berpolitiking? 

Guru dahulu main politik sebab murid2 dia bijak2 belaka. Guru dahulu main politik lepas sekolah bukan masa sekolah. Tak pernah ambik cuti sebab politik. Main politik takde kepentingan peribadi. Tapi nak merobah nasib anak bangsa. Nak murid dia lebih cerdik dan hebat dari dia. Guru dahulu payah dapat peluang sambung belajar sebab tujuannya buleh tambah gaji. Guru dahulu tak kesah itu, asalkan murid2 dia buleh tambah ilmu. Guru dahulu tak kesah kalu bapak murid dia "pembangkang" atau "gomen". Memang guru dahulu tak peduli pun. Tapi guru sekarang ni "ralat".  Dahulu guru agama atau ustaz je pakai kopiah. Guru sekarang ni banyak dah yang pandai pakai kopiah. Depa takut dosa kut...nak tambah pahala..! Guru dahulu dia lah makbapak murid di sekolah. Tak mudah tuding jari pada makbapak. Guru sekarang ni suka sangat salahkan makbapak. 

Murid2 sekarang ni dah terlebih bijak. Kalau guru dok asyik masyuk dgn politik ... tu yg murid makin tak hormat guru lagi. Kalau guru beriya2 sangat nak main politik tak usah jadi cikgu! Ramai lagi hak menganggur sekarang. Dah la ada guru2 pakat duk "niaga" sana-sini - MLM, Insuran, produk kesihatan dll. Bila resmi aktif main politik pulak, murid ke mana sekolah ke mana. Lepas tu mula duk ejas grading exam lah pulak nya. Mula lah mengata murid nya bodoh, ibubapa yang tak reti bahaso ganggu tugas guru. Tak sedar dia hok bengong nyo. Tapi walau apa pun, berbanding ibubapa, guru lebih tahu...pelajar lagu mana yang bijak...pelajar lagu mana yang bodoh. Guru jugak yang lebih tahu...guru lagu mana hok bagus...guru lagu mana hok bengongnya...dan guru jugak lah hok lebih tahu nya...ibubapa lagu mana hok waras...ibubapa lagu mana hok tidak reti bahaso..!!

Tugas guru ni murni dan suci.….bagi ilmu pada anak bangsa. Buat apa lagi nak tugas lain ? Buat apa nak main politik? Orang main politik ni nak duit tambah, nak kuasa tambah, nak bini tambah, nak rumah besar, nak kereta besar, bernafsu besar…cikgu nak apa lagi….tak cukup ke lagi yang dapat tu...? Lebih besar lagi ... pahala dari Allah SWT. 

Cikgu2 sepatutnya lebih memahami halatuju perguruan, jangan membuta menerima sahaja sebarang cadangan atau dasar yg dibuat oleh orang politik, lebih penting lagi tidak condong kepada mana2 parti politik. Tugas cikgu hanya satu je...sebagai pendidik. Pendidik anak bangsa. Berpendirian dan berperinsip lah kerana kita orang yang berilmu dan berakal.

Akhir2 ini juga telah mula kedengaran suara2 ajakan atau rayuan (?) supaya Mahasiswa pula melibatkan diri secara langsung berpolitik. Politik....politik...!

No comments:

Post a Comment