Tok guru kampong ambo pernah cakap pasal keikhlasan ber-ilmu & kesinambungan ilmu. Dia kata, ulama itu pewaris para nabi. Dia hurai "Al-Ulama" sebagai orang2 yang berilmu, berpendidikan dan berpelajaran, tanpa mengira bidang apa. Bukan sahaja bidang keugamaan, malah ilmu bahasa, alam, sejarah, sains, teknologi, matematik, fizik, kimia, computer dan macam2 lagi ilmu yang ada di dunia ini. Lebih2 lagi yang menjurus kepada pendidikan dan pembelajaran. Ayat mudah......Cikgu, Pensyarah atau Pendidik.
Setiap ilmu itu perlu dikongsi. Perlu diperturunkan, diajar, disampaikan. Ilmu bukan milik peribadi. Jaringan Sejagat (world wide web - www) menterjemahkan betapa kesejagatan Ilmu. Nak menterjemahkan "pewaris para nabi" ni, memang menagih sejuta keikhlasan, kejujuran, sedar kepada tanggungjawab serta amanah yg dipikul. Dalam maksudnya tu!
No comments:
Post a Comment