Ada yang mencadangkan remaja diberi kebenaran untuk kawin muda atau kawin awal , 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.
Boleh bagi kawin muda @ awal , tapi ibubapa perlu memberi didikan dan tunjuk ajar sepenuhnya, dan pasangan remaja tersebut perlu faham dan menerima samada mereka perlu tinggal/duduk bersama ibubapa/mertua untuk satu jangkamasa sehingga sedikit matang mungkin bila mereka mencapai umur 20an, katakan. Ataupun kekerapan ibubapa/mertua ke rumah mereka, sekiranya mereka memilih untuk tinggal/duduk berasingan.
Pro n con nya yang paling ketara adalah pro-nya , dapat mengelak atau mengurangkan gejala social pergaulan bebas. Al-maklumlah bila dah bebas jadi ter-lalu bebas dan akhirnya ter-babas, berlakulah persetubuhan haram. Orang sekarang kata, seks bebas. Selepas tu apa jadik? Ter-buang bayi pulak. Lagi parah!
Sementara con-nya pula , tentunya lah, usia belum matang. Dengan lmu pengetahuan yang agak "limited", kesabaran bukan lagi kurang, mungkin takdok langsung. Kedudukan kewangan, ni wa sendili pon konpius. Kalu itu luit talak macamana mau kawin? Macamana mau kasi olang pnya anak makan? Apa pun sumber kewangan tentunya masih mengharapkan bantuan ibubapa. Bila dah sini masalah situ masalah sini bocor sana bocor, timbul lah pulak hal rumahtangga. Dah mula kucar kacir. Paling menyedihkan dan menakutkan (?) ialah penceraian dan mangsa sebenarnya adalah anak-anak. Tak kan anak buang jugak kut! Takde yang mustahil bagi makhluk yang bernama manusia!
Bagi kan salah, tak bagi pun salah. Serba salah! Walhasil balik asal, ibubapa, guru2 @ pendidik, pemimpin2 masyarakat dan masyarakat amnya perlulah gembeling tenaga dan fikiran dalam menangani gejala social yang dah semakin parah akhir2 ini.
No comments:
Post a Comment