Ambo terpanggil untuk membicarakan tentang "kesilapan" memilih kursus oleh anak-anak muda kita dalam meneruskan pengajian di IPTA atau IPTS dalam atau luar negara. Keadaan ini lebih parah lagi bila kita ibubapa "berat hati" untuk memberikan peluang yang terbaik untuk anak-anak. Ambo dapat cerita dari anak ambo, kawan dia 8A SPM (A1 dlm math, add-math, fizik, kimia, bio) ambik kursus "business admin" di Great Britain. Ok lah, gi oversea, cari pengalaman, tapi kursus tak kena. Sepatutnya mcm dia tu ambik kejuruteraan, sains matematik ke, sekurang-kurangnya "accountancy".
Ungkapan-ungkapan seperti "padan ngaji dalam negeri je lah" , "ambil kursus hak mudah belajar", "ambil kursus hak mudah dapat kerja", amat sinonim dengan ibubapa di kalangan orang Melayu. Apa orang Melayu di Tanah Melayu Malaysia ni nak sebenarnya? Bila bercakap pasal politik, mereka celaru. Bila bercakap pasal mempertahan hak bangsa, lagi lah mereka celaru. Nak cakap pasal perjuangan Islam? Tapi, pasal duit, pasal kedudukan, darjat, tahu pulak mereka melatah. Orang Melayu seolah-olah tidak tahu apa yang perlu mereka fokuskan atau sasarkan dalam hidup mereka.
Kerajaan telah memberikan peluang dengan tidak memberikan sebarang tekanan kepada pelajar maupun ibubapa dalam hal pemilihan kursus ini. Tapi, bila pelajar menolak kursus yang ditawarkan semata2 kerana "ungkapan" di atas, secara langsungnya telah memberi kesan yang bukan sedikit, kepada penguasaaan kita orang Melayu dalam ekonomi Negara kita. Amat sayang dan merugikan sekali bila kita bangsa Melayu terlalu jauh ketinggalan dalam bidang kejuruteraan, sains matematik, nuklear fizik, perakaunan, dan mana2 bidang yang menjurus kepada penglibatan yang global atau antarabangsa.
Walupun, kita dah banyak mendiri dan membangunkan bangunan2 yang canggih seperti "twin tower", KLCC, KLIA dan jambatan PP lagi lah nak ada pulak yang ke 2, begitu juga bidang petroleum dan automotif. Tapi, head "engineer" atau "coordinator" projek bukan orang Melayu kita. Padahal si engineer mat salleh atau bangsa lain tu pun belajar macam orang kita juga. Di mana silap dan siapa yang silap? Budak-budak Melayu ni majoritinya, bukannya tahu sangat pasal keperluan tenaga mahir Melayu di Malaysia, so, ibubapa lah yang memainkan peranan utama melakarkan warna dan corak yang sesuai kepada kehendak bangsa dan Negara selain daripada guru-guru dan pemimpin. Kepentingan nya bukan sahaja untuk kelangsungan hidup mereka, tetapi juga kelangsungan bangsa Melayu seterusnya.
Sebenarnya bukan pasal tidak "hard working", mudah putus asa, "tiada muka tebal", tak tahan dgn tekanan, tetapi lebih kepada sikap orang Melayu. Sikap yang turun temurun - malas tapi nak jadi tuan - duduk saja goyang kaki, duit masuk. Ini lah sikap yang diajar oleh Penjajah kepada bangsa kita yang menjadi amalan dan ikutan yang masih sukar dibuang dari hidup orang Melayu. Penjajah masuk ke Tanah Melayu, bagitau Melayu supaya duduk saja, kutip hasil, kutip duit, ada kuli buat kerja. Lama-lama tanah tergadai, kuli jadi raja.
Silapnya kita sekarang, bila bercakap pasal memperkasakan bangsa, kita bising, kita celaru. Kita kata assobiyah. Natijah memperkasakan bangsa itu sebenarnya perlu kita perjelaskan pemikiran kita, hati nurani kita, belum lagi orang lain. Minyak naik kita bising, barang naik kita bising. Kita sebenarnya alpa, bila kita rasa kita masih buleh bubuh minyak kereta lagi, masih buleh beli barang lagi di supermarket. Menyanggah hanya sekadar gerak bibir menyusun kata penyedap bicara. Itu lah kita sebenarnya !
No comments:
Post a Comment