beberapa hadis tentang hari Jumaat....
Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada
malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu
kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya
rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku
pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat
bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu
sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya
Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu
Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang
paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih
besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu
terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan
Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu
juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di
mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga
akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Daripada Abu
Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik
hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam
diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada
Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang
beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada
hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon
sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di
akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
Insyaallah semoga kita berjumpa semula di Jumaat akan dtg...
No comments:
Post a Comment