Saturday, May 5, 2012

Kelantan 3 Singapura Lions XII 0

Perlawanan terbaik Kelantan 2012.


Lions XII Jadi Mangsa Amukan The Red Warriors

Kelantan diwakili 98% pemain tempatan kecuali Obinna.
Hadiah harijadi paling bermakna buat Bojan Hodak yang dilihat bijak mengatur strategi untuk anak buahnya menang besar di Kota Bharu pada malam tadi. Kemenangan kedua Kelantan ke atas Lion XII ini mencatat sejarah hitam kepada Lion XII yang julung kali menyertai Liga Super pada tahun 2012 ini dan Kelantan menutup saingan pusingan kedua Liga Super ini menentang Lion XII dengan keputusan di luar jangkaan seluruh peminat bolasepak Malaysia dan Singapura.
Amazing Kelantan!
Namun jurulatih Lion XII V. Sundramothy akur kerana Kelantan bermain cemerlang pada malam ini dan berhak menang besar. Bojan Hodak pula tenang dan tidak menyangka menerima hadiah harijadi terlalu besar yang dihadiahkan para pemain.
Gawang Lion XII bagai di langgar todak @ Bojan Hodak?
Ketiga-tiga gol Kelantan layak di letakkan gol terbaik minggu ini. Jaringan S Chanturu, Norfarhan dan Rizal Fahmi persis jaringan terbaik perlawanan antarabangsa.
Kini Kelantan mengejar rapat kedudukan Lion XII di tahta liga dengan perbezaan dua mata  34 mata dan 36 serta 3 perlawanan memisahkan Kelantan dan Singapura. Kekecewaan Norshahrul yang gagal menyempurnakan sepakan penalti berjaya ditebus kembali melalui bantuan hantaran yang baik kepada rakan-rakan.
Jumlah kehadiran penyokong Kelantan mampu memecahkan Stadium Jalan Besar.
Kelantan semakin cemerlang dan sudah berada dalam prestasi menyakinkan selaku juara yang bakal merampas tahta liga dan kejuaraan Piala FA nanti. Tahniah kepada seluruh penyokong Kelantan kerana andalah pencetus dan pembakar semangat para pemain. GOMO KELATE GOMO.



Sumber dari  Portal Resmi KAFA.

No comments:

Post a Comment