Mengingatkan Masjid Muhammadi, masjid tertua di Kota Bharu, ambo teringat sahabat ambo sejak dari kecil – Wan Ahmad Sanadi Bin Wan Ali. Ambo berbanyak2 terima kasih kepada WAS. Kalau tidak kerana WAS ambo mungkin “tidak kenal” masjid!
Way back in 1977…ambo 1 sekolah menengah dan 1 kelas dengan WAS. Dan sebenarnya sejak sekolah rendah lagi bersama dan 1 kelas. Setiap hari WAS tidak jemu2 mengajak ambo ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Dan di antara solat2 tersebut ada kuliah agama, “mengejar baca kitab” kata ore Kelate. WAS setiap hari ke masjid kerana arwah ayah WAS “menguruskan” “sound system” di masjid. Akhirnya setelah beberapa bulan, ambo pun dengan "berat hati" bersama2 WAS di Masjid Muhammadi. Sehinggalah ke hari ini ambo “tidak rasa kekok” untuk singgah di mana2 masjid untuk berjemaah, setiap kali berkesempatan. Terutamanya di Surau Aman dekat rumah ambo. Terima kasih WAS, semuga demo dan keluarga demo sentiasa diberkati Allah SWT. Kalu tidak kerana demo, mungkin kawe "tak kenal" masjid sampai ke hari ini.....
Sedari dahulu lagi Masjid Muhammadi sentiasa adakan majlis2 meraikan hari2 tertentu seperti Maulud Nabi, Israk Mikraj, Qiamullail, Nisfu Syaaban, Teraweh, Lailatul Qadar dan sebagainya. Sepatah kata WAS, kenangan aktiviti di Masjid Muhammadi khususnya di bulan Ramadhan tetap tersemat kemas di hati dan kadang2 timbul rasa sayu apabila mengenangkan semua mereka2 yang dulunya sangat berjasa kepada masjid dan pengunjung2nya namun kini sebahagian besarnya telah mendahului kita kembali ke Rahmatullah.
Nama2 seperti Imam Hj Aziz (Arab celup), Imam Hj Hasbullah, Bilal Hj Mokhtar Ahmad (Qari terkenal satu masa dahulu), tukang pukul geduknya Pok Wei (Hj Ismail). Dan kalau musim bulan puasa, Imam Haji Abdulloh Penambang lah jadi Tok Imam Teraweh. Bacaannya cukup panjang sampai terasa lengoh kepala lutut tapi irama bacaannya sedap mendayu2.
Ambo tak berapa kenal dah "ajk" Masjid Muhammmadi hari ni. Ramai yang samada dah bersara ataupun meninggal dunia. Bilal Hj.Nordin ada lagi, dulu pembantu Hj.Mokhtar selepas Hj.Rahim. Imam Hj.Hasbullah masih sakit, dah dekat 2 tahun dah takleh bangun. Sekarang ada di rumah beliau. Semoga amal2 kebajikan generasi sekarang yang sebelumnya telah dirintis oleh mereka, pahalanya akan tetap dinikmati oleh mereka yang samada telah bersara ataupun mendahului kita ke Rahmatullah...
Sehingga ke hari ini, Masjid Muhammadi tetap mesra menerima kunjungan muslimin muslimat. Masih seperti dahulu. Suasana Maghrib/Isyak pun masih sama.
Cuma….kita sahaja yang sudah berubah….
No comments:
Post a Comment