Adakah kisah yang telah dihikayatkan itu sebuah mitos atau sejarah orang Melayu? Apa pun, pengkisahannya telah menterjemahkan kekuatan prinsip orang Melayu dan cubaan memecahbelahkan orang Melayu oleh bangsa lain. Kesemua watak utamanya berpegang kpd prinsip mempertahankan hak, kepahlawanan, kesetiaan dan pengorbanan. Tuah mewakili orang melayu yang setia. Jebat pula berkorban utk sebuah keadilan dan persahabatan sejati. Sultan bangkit dari hak baginda dicabuli oleh Tuah sebagaimana difitnahkan Patih Karma Wijaya. Seperti peperangan Jamal di antara Sy Aisyah menentang Sy Ali, masing2 berpegang kpd prinsip masing2. Hanya Allah SWT Yang Maha Arif tentang kebenaran.
Kita sering menuding kepada Tuah ataupun Jebat ataupun Sultan yang bersalah. Salahkah Tuah taat setia kepada Raja nya? Atau salahkah Jebat menuntut keadilan dan berkorban utk sahabat karibnya? Ataupun salahkah Sultan pertahankan hak baginda ke atas dayang istana milik baginda? Puncanya , fitnah. Sultan dikatakan menjatuhkan hukuman pada Tuah tanpa usul periksa. Itu kesilapan baginda Sultan. Kalau dihalusi , kemarahan Sultan sebenarnya bukan kerana kesalahan Tuah bermukah tetapi kerana Tuah bermukah dengan dayang istana – dayang milik baginda Sultan. Kalau lah Tuah difitnah bermukah dengan wanita yang bukan dayang istana , Sultan tentunya tidak akan murka.
Pesalah utamanya adalah Patih Karma Wijaya. Ada agenda di sebalik fitnahnya. Betulkah Patih Karma Wijaya semata2 dengkikan Hang Tuah atau jawatan Laksamana atau bertindak sebagai ejen Kerajaan Majapahit dlm usaha melumpuhkan ataupun mungkin menjatuhkan Kerajaan Melayu Melaka? Mungkin kalau Jebat tidak derhaka atau Patih Karma Wijaya tidak dibunuh Jebat, Kerajaan Melayu Melaka akan jatuh ke tangan Kerajaan Majapahit? Dan mungkinkah sekarang kita di bawah jajahan takluk Kerajaan Indonesia? Watak Tuah, Jebat, Sultan, Patih Karma Wijaya sentiasa ada silih berganti dan di kalangan orang Melayu sekarang pun ada.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Itulah Melayu, asalnya Nusantara. Walaupun tidak pasti di mana asal tanahairnya. Pastinya Melayu itu sifatnya menterjemahkan Muslim Mukmin dikisahkan Illahi dlm Kitab Suci Al-Quran. Rungkaikan sifat seorang Muslim Mukmin dan bandingkan sifat seorang Melayu. Sejak `Azali , Muslim Mukmin itu adalah Melayu.
No comments:
Post a Comment