Salam.
Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, telah selamat dimasyhurkan (BUKAN ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari ini, Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah, di Balai Rong Seri Istana Balai Besar,Kota Bharu pada pukul 12.30.
Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010.
Perkara 23A ini berbunyi:
"Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat"
Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini."
Sekitar Permasyhuran Tengku Faris sebagai Sultan Kelantan.


MB Kelate TGNA mengumumkan pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa hari ini di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. Hadir sama Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Tengku Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyhuran Raja Kelantan daripada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istanan Balai Besar di sini hari ini.

Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (kiri) dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa hari ini.

Daulat Tuanku! Allahu Akhbar!
No comments:
Post a Comment