Memang betul, tidak semua yang kita hajati akan tertunai. Apa yang kita doakan tidak semestinya dikabulkan Illahi. Pokoknya, berhajatlah , berdoalah kerana kita sebagai hamba telah difitrahkan untuk meminta dan mengharap hanya dari Dia Yang Satu. Kerana Dia Maha Memberi, Maha Mengasihani, Maha Menyayangi. Cuba kita singkap sejenak.....bila kita berhajat ke suatu tempat yg jauh, dalam perjalanan yang beratus KM tu, tiada musibah menimpa kita. Anak bini/laki kita selamat sihat walafiat. Tapi pernah tak kita, bila sampai ke destinasi, sempat berihat, ada tak terfikir....mujur selamat sampai!
Kita kerap lalai sebenarnya , walaupun ucapan "Alhamdulillah" terlalu sinonim dalam hidup kita seharian. Dia tidak jemu2 memberi apa saja yang kita hajati, apa saja yg kita minta, apa saja yg kita nak. Hatta, baru niat je, dah diberi oleh Nya. Sayang sungguh Dia pada kita. Ingat betul Dia pada kita. Terfikirkah kita…kepada anak-anak kita belum tentu kita buleh sebegitu menyayangi, mengasihani dan memenuhi hajat mereka…walaupun kita mampu! Hatta, kepada isteri/suami tercinta pun belum tentu. Tapi, selalunya yang lebih kita utamakan dari “Hak Allah SWT”… mereka lah! Kalau nak dihitung banyaknya yang telah Dia beri kepada kita. Tak terhitung. Tapi kalau nak dihitung banyak mana yang dah kita "balas" pemberian Dia tu , buleh dikira dengan jari ! Sudah lah demikian, kalau ada "balasan" kita, itu pun … tidak jujur dan ikhlas.
Sebenarnya kita ni ingat sokmo, pada salah silap kita. Lebih2 lagi lah kebaikan yang kita dah buat. Tapi kerana lalai dengan kehidupan duniawi seharian, kita TER-lupa! Sembahyang…kita sembahyang. Kita puasa. Kita bayar zakat. Kita buat kebajikan, tolong orang dan sebagainya. Tetapi….ikhlas dan jujur tidak ada! Sebenarnya, setiap yang baik maupun yang buruk yang berlaku kepada kita ataupun kita buat adalah dari Dia. Sebab itulah kita perlu sentiasa ingat kepada Dia. Hubungan manusia dengan Allah SWT terlalu amat halusnya.
Satu lagi yang sering menghantui kita adalah perasaan “takut”. Kita ni banyak sangat takut. Dah masuk bab tak yakin pada diri sendiri . Takut orang kata. Takut tak betul. Takut tak serupa orang. Takut tak molek. Takut orang tegur. Macam2 lagi takut. Kita sebenarnya takut pada bayang2 kita sendiri. Takut pada diri kita sendiri. Tiada keyakinan ! Takut "tidak serupa orang lain". Takut "ketinggalan"….adalah di antara yang menyebabkan kita lalai dan melemahkan diri kita sendiri. Kadang2 bila sedang buat perkara2 yang tak elok pun sempat lagi ingat, "ai, tak elok ni...tak baik ni.....dosa ni"! Tapi apakan daya kita, kita ni manusia kerdil, insan lemah....... alasan yg sentiasa kita beri kepada diri kita sendiri. Kita sebenarnya, memang tidak pernah jujur dan ikhlas kepada diri kita sendiri. Macamana kita nak jujur dan ikhlas kepada orang lain?
Tapi, percayalah....bersyukurlah kepada apa yang ada pada kita. Dia dah buat yang elok dah untuk kita. Jaga lah pemberian Dia. Itu adalah amanah Dia. Jangan cuba nak "mencipta" takdir. Merubah tentu sekali bukan kemampuan kita. Ramai kita cuba "mencipta" takdir. Ucapan "sudah takdir" sinonim dalam hidup seharian. Dah kita buat , nak salah kepada takdir kenapa pulak kan? Betul tak?
No comments:
Post a Comment