Friday, October 15, 2010

Urus lalulintas tugas sampingan Polis

laaa....ghupo nyo kawal lalulintas buke tugas demo tuh...

Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata di Dewan Rakyat , bahawa tugas utama polis bukan berhubung kait dengan menyelenggarakan lalu lintas kerana apa yang termaktub dalam seksyen 3(3), Police Act 1967 yang mana memberi kuasa kepada polis.

Pertamanya, untuk menjaga undang-undang dan keselamatan negara. Kedua, preservation of peace dengan izin, dan security of Malaysia dan juga berkaitan dengan penangkapan dan pendakwaan offender dan mendapatkan berkaitan dengan intelligence. Ini tugas utama polis dan trafik adalah merupakan tugas sampingan yang mana tugas khusus berkaitan dengan trafik adalah diletakkan di bawah kementerian yang lain.

Oleh sebab itu, kalau daripada segi kriteria yang saya nyatakan tadi bahawa khususnya Unit-unit Polis Bantuan yang diwujudkan adalah untuk menjaga keselamatan di sesuatu kawasan yang telah ditetapkan mengikut dalam undang-undang yang dinyatakan di bawah Akta Polis ini.

Dipetik DI SINI.

No comments:

Post a Comment