Friday, October 1, 2010

Berita dari Istana

Tindakan Sultan Muhammad Ke-V ke atas adinda Baginda adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) (versi bahasa Inggerisnya, Laws of the Constitution of Kelantan (Second Part)), iaitu:

(i)
43. (1) Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia
 ialah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam Negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan Pangkat-Pangkat Kemuliaan, Pingat-Pingat Kebesaran dan Kehormatan, dan jika perkara mengadakan mana-mana Pangkat-Pangkat Kemuliaan, Pingat-Pingat Kebesaran dan Kehormatan itu akan mengenai perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan, maka mustahaklah mendapat kebenaran Dewan Negeri.

versi bahasa Inggerisnya:
XLIII. (1) His Royal Highness
 is the fountain of all honours and dignities within the State and He alone may confer titles and dignities and institute Orders and Badges of Honour and Dignity, and if the conferment of any title and dignity or the institution of any Order or Badge of Honour and Dignity will involve expenditure out of the Consolidated Fund, the approval of the Legislative Assembly shall be necessary.

(ii)
44. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia mempunyai hak mengada, melantik dan menggelar daripada kerabatnya, sama ada yang jauh atau yang dekat, seorang lelaki menjadi Bendahara atau Temenggong atau Laksamana
 atau Panglima dan mengkurniakan kepada mana-mana orang lain, sama ada Kerabat D'Raja atau lainnya, akan mana-mana gelaran yang pada zaman dahulu telah ada atau telah biasa dipakai dalam Negeri Kelantan.

versi bahasa Inggerisnya:
XLIV. (1) His Royal Highness has the right to create, appoint and nominate from among His relatives, whether distant or near, a male person to be Bendahara or Temenggong or Laksamana or Panglima and to confer upon any other person, whether royal or otherwise, any title which in former times existed or commonly used in the State of Kelantan.

(iii)
45. (1) Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau Pingat-Pingat Kehormatan mengikut syarat-syarat Perkara 43 atau 44 Bahagian ini, jika ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan yang mengharuskan diperbuat demikian itu.

versi bahasa Inggerisnya:
XLV. (1) His Royal Highness may degrade any person upon whom any rank or title or order or badge of Honour has been conferred by virtue of the provisions of Articles XLIII and XLIV of this Part, if sufficient fault or offence has been committed so as to make such degradation just and expedient.

No comments:

Post a Comment