Thursday, October 28, 2010

Menara Warisan

Menara Warisan, dengan ketinggian 100 tingkat merupakan satu lagi projek mega negara yang baru sahaja dibentangkan di dalam Bajet Belanjawan 2011 tempoh hari. Projek mega bersepadu yang bernilai RM 5 Billion itu akan dibina bersebelahan Stadium Negara dan Stadium Merdeka itu akan dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan dijangka siap pada tahun 2015 nanti. 

PNB, seperti yang semua tahu, merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia.PNB merupakan syarikat induk bagi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menjalankan sebilangan skim dana amanah, dan subsidiarinya dipunyai keseluruhannya oleh Yayasan Pelaburan Bumiputra, di mana kebanyakan di antara kita ada menyimpan dan melabur wang kita di dalam skim amanah yang disediakan.    

Ianya dikatakan  antara projek strategik impak tinggi yang akan merangsang permintaan domestik serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang. Namun, kami mempunyai pendapat berlainan terhadap projek mega ini.

Secara umumnya, Malaysia masih lagi bergelut dalam kemelut krisis ekonomi. Kenyataan bahawa Ringgit Malaysia kukuh berbanding Dollar pada nisbah USD 1 = RM3.03, bersifat tidak jelas sebenarnya. Ianya patut diperjelaskan dengan lebih terperinci oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, di mana, nilai USD adalah susut, bukan bermakna eknomi kita semakin pulih. Ini kerana nilai USD susut akibat krisis kewangan dan inflasi negara tersebut, yang menyebabkan nilai wangnya menjadi rendah. Bukan kerana ekonomi kita sudah berkembang pesat.

Dalam keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya, dan pada masa yang sama, kenyataan-kenyataan dan cadangan supaya subsidi dihapuskan kerana kerajaan tidak lagi mampu, Projek Menara Warisan ini akan disiapkan dengan menelan belanja yang amat besar. Kami bukanlah anti-pembangunan. Cuma kami merasakan, projek-projek sebegini mempunyai pro n cons. 

Sememangnya projek-projek mega sebegini, ada mempunyai kelebihan dalam tumpuan merancakkan ekonomi. Di antara kesan secara langsungnya, adalah mewujudkan ribuan peluang pekerjaan dan juga memberikan peluang perniagaan kepada pembekal-pembekal yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam projek ini. 

Kemudian, secara tidak langsung, ianya bakal mewujudkan segitiga emas baru di Kuala Lumpur, Pastinya ia akan merancakkan harga hartanah di sekeliling projek Menara Warisan ini. Dan seterusnya mewujudkan lebih banyak lagi peluang perniagaan.

Di antara kesan positif yang lain, sudah pastinya ia akan menjadi satu ikon baru negara, yang bakal mnggantikan Menara Berkembar Petronas dan seterusnya dapat menarik perhatian dunia. Secara tidak langsung, ia akan menarik ribuan, malah jutaan masyarakat dunia untuk berkunjung dan berbelanja di Malaysia, dan mewujudkan lagi banyak peluang perniagaan yang lain.

Namun, isu yang kami cuba timbulkan di sini adalah, adakah ianya akan memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat, atau hanya kepada segelintir golongan sahaja? Inilah perkara yang menggusarkan ramai rakyat Malaysia. Kita tidak mahu projek menjadi gajah putih. Yang tidak dapat membawa apa-apa kemakmuran baik dari segi ekonomi dan juga sosial.

Dari apa yang kami dapat lihat di sini, sekiranya projek Menara Warisan ini berjaya, sememangnya ia akan membuatkan bibir pelabur-pelabur skim Amanah ASB tersenyum lebar. Oleh kerana ramai yang menjadi pelabur dakam skim Amanah Asb ini. Sedikit sebanyak, Projek kendalian PNB ini akan membawa keuntungan yang besar sekiranya berjaya dan mungkin dapat meningkat pemberian dividen pelabur-pelaburnya.

Dalam masa yang sama, adakah rakyat bawahan mendapat kesan dengan pembinaan Menara Warisan ini?Secara jujurnya saya nyatakan di sini, kemungkinan besar ianya tidak menyeluruh. Dan mungkin tidak memberi kesan langsung. Dan mungkin dari akibat pembinaan ini, rakyat bawahan terpaksa pula dikenakan cukai dan harga barangan akan menajdi lebih tinggi. Ini tidak mustahil.

Kos yang dinyatakan sekarang sebanyak RM 5Billion tidak akan mempunyai nilai yang sama 5 tahun akan datang.Berkemungkinan besar kosnya akan menjadi lebih lagi dari nilai sebenar. Dan seterusnya, bagi menampung projek mega ini, kerajaan terpaksa mengenakan cukai dan tarif yang lebih tinggi bagi menampung perbelanjaan. Ini sudah acapkali berlaku tanpa disedari.

Penyelarasan harga atau kenaikan harga? Maksudnya sama, menaikkan harga. Dan mungkin ayat “penyelarasan harga” akan diguna sekali lagi bagi mengaburi mata masyarakat mengenai maksud sebenar di sebaliknya. Mungkin ayat penyelarasan harga nampak lebih “manis” dan masyarakat tidak akan perasan dengan maksud sebenarnya.

Namun semua itu bergantung pada ketelusan dan integriti kerajaan serta pelaburnya, dalam melaksanakan projek ini. Sekiranya projek ini hanya memanfaatkan sesetengah pihak dan berlindung di bawah terma “merancakkan ekonomi” sedangkan ianya tidak begitu, maka ia akan menjadi satu projek yang sangat membazirkan.

Dalam keadaan aliran transit dan jalan raya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang semakin sesak dan tidak “terurus”, eloklah ditingkatkan juga insfrastruktur dan kemudahan di sekelilingnya, agar dapat melicinkan perjalanan dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara secara tidak langsung. Jangan lupa juga pada negeri-negeri lain seperti di Sabah dan Sarawak yang insfrastrukturnya masih lagi belum mencapai tahap yang memuaskan.

"PM Najib gagal menjustifikasikan bangunan 100 tingkat yang berharga RM5 bilion ini mampu membantu Malaysia mencapai ekonomi berpendapatan tinggi  seperti dilaungkan dalan Program Transformasi Ekonomi. Jumlah RM5 bilion ini lebih baik dibelanjakan untuk meningkat mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang sudah tentunya memanfaatkan golonga rakyat berpendapatan rendah," tegas Teresa Kok MP-DAP dalam satu kenyataan medianya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata pembabitan PNB dalam projek hartanah yang bakal menjadi mercu tanda terbaru di Kuala Lumpur itu adalah sebahagian usaha kumpulan itu meningkatkan pendapatannya menerusi penerokaan dalam sektor ekonomi menguntungkan.

“Dari tahun ke tahun, PNB telah melabur dalam ekuiti dan sekarang kami menumpukan kepada sektor hartanah dengan membeli aset hartanah termasuk bangunan Kenanga dan MAS, serta Hotel Perdana,” katanya ketika menyampaikan taklimat mengenai projek Warisan Merdeka di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas mengenai projek itu, Hamad Kama Piah berkata, projek pembangunan bercampur berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara di Kuala Lumpur itu juga akan merancakkan pembangunan hartanah di kawasan sekitarnya apabila ia siap sepenuhnya pada 2020.

“Apabila siap kelak, projek ini akan menjana kegiatan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Hamad Kama Piah turut menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap projek bangunan 100 tingkat itu akan menyebabkan lebihan penawaran ruang pejabat dan komersial di Kuala Lumpur seperti yang berlaku ketika ini.
“Apabila kami merancang projek ini, kami perlu memastikan ruang pejabat di bangunan itu dipenuhi.

“Bangunan ibu pejabat PNB sekarang sudah berusia 30 tahun dan kumpulan memerlukan ibu pejabat baru sejajar program pengembangan kami,” katanya.

Projek yang menempatkan bangunan tertinggi di Malaysia itu akan dibangunkan anak syarikat milik penuh PNB, iaitu PNB Merdeka Ventures membabitkan kos RM5 bilion.

PNB akan membina menara 100 tingkat itu terlebih dulu supaya ia dapat menjadi tarikan bagi pembangunan komersil lain seperti hotel, kondominium dan pusat membeli-belah.

Hamad Kama Piah berkata, kos pembinaan menara 100 tingkat berkonsep bangunan pintar mesra alam itu dianggarkan antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion dengan pembinaannya dijangka dimulakan tahun depan dan siap pada 2015.

Selain itu, Hamad Kama Piah berkata, PNB turut merancang membangunkan sebuah menara tambahan berhampiran Bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan mengubahsuai bangunan sedia ada.

No comments:

Post a Comment