Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu


Ibu
Betapa sucinya kasih mu ibu
Sejak dalam kandungan kau menanggung
segala kesakitan dengan penuh kesabaran
juga selepas melahirkan
kau mengasuh dan menjaga
dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi

Tak akan mampu rasanya membalas jasa mu ibu
yang selama ini membesarkanku hingga dewasa
beribu maupun berjuta wang ku cari
masih tak mampu membalas jutaan kasih mu ibu
yang tak ternilai harganya dan semestinya
tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih mu ibu.




No comments:

Post a Comment