Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata rakyat di negeri itu berhak menikmati pembangunan yang sama seperti di negeri lain dan bukan dasar BN mengetepikan aspek pembangunan walaupun gagal mendapat sokongan majoriti pengundi.
Mengulas kepimpinan baru kerajaan Kelantan, Mustapa yakin pihaknya boleh menjalinkan kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.
"Menteri Besar baru ini berperibadi tinggi dan bersopan santun dan kita yakin tidak akan berlaku pendekatan yang keras seperti kepimpinan dulu. Apa yang penting kita mahu melihat PAS melaksanakan manifesto mereka dan kita pula mahu terus berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Mustapa juga turut bersetuju dengan cadangan supaya pengundi luar boleh mengundi secara pos pada PRU akan datang kerana selain boleh mengurangkan ketegangan, langkah itu mampu mengurangkan kos.
Pada PRU13 BN Kelantan memenangi lima daripada 14 kerusi parlimen serta 12 daripada 45 kerusi dewan undangan negeri. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment