Wednesday, October 24, 2012

Eid-Ul-Adha Mubarak!

ASSALAM WARGA KENALAN AMBO SEMO2.
AMBO NOK UCAP SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA EID-UL-ADHA KPD SOBAT SEMO2. MOHON MAAF ZAHIR & BATIN.

utk dikongsi....

Perbezaan Eid-Ul-Fitri dan Eid-Ul-Adha

1) Takbir

Takbir Eid-Ul-Fitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.

Takbir Eid-Ul-Adha bermula selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. Tapi kat Malaysia ni kita mula bertakbir pada malam raya..pun ok.

2) Menjamah Makanan

Eid-Ul-Fitri disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum solat sunat.

Eid-Ul-Adha disunatkan menjamah makanan selepas solat sunat supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.

3) Puasa

Sempena Eid-Ul-Fitri sunat berpuasa 6 hari sebermula 2 Syawal.

Sementara Eid-Ul-Adha disunatkan berpuasa sebermula hari pertama Zulhijjah hingga hari ke sembilan, terutamanya.

Taqaballahu minna wa minkum. Allahu 'alam.

No comments:

Post a Comment