Monday, August 27, 2012

Akhlak Rasulullah SAW

Kisah seorang yahudi tua yang  buta yang selalu duduk di hujung pasar yg selalu menahan orang di pasar dan memberitahu mereka  akan perihal Nabi Muhamad SAW yang dikatanya gila, tidak siuman, ahli sihir dan sebagainya. dia berpesan pada orang ramai agar jangan mendekati Nabi bimbang akan dipengaruhi oleh ajaran sesatnya. bermacam2 fitnah dan kata kata keji yang dilemparkannya mengenai Rasulullah pada setiap orang yang lalu lalang.

Rasulullah yang mengetahui hal ini tak pernah merasa marah dan menghalangnya daripada menyebarkan fitnah itu. dibiarkannya sahaja yahudi buta itu terusan dengan perangainya. oleh kerana yahudi itu sudah tua dan buta ia tidak kuat lalu baginda Rasulullah lah yang menyuapinya sarapan setiap pagi . baginda mendekati yahudi itu setiap hari dengan membawa makanan dan dengan tangannya yang mulia menyuapkan makanan kepada yahudi yang mulutnya tidak berhenti memfitnah nabi dan berpesan kepada Nabi agar jangan mendengar ajaran Muhamad. matanya yang buta bukan sebab untuk dia tidak berbuat jahat memfitnah Nabi. malangnya kerana matanya buta jugalah dia tidak tahu yang penuh setia menyuapi makanan ke mulutnya setiap hari adalah Rasulullah  , orang yang dihina nya saban hari, keadaan ini berlarutan sehingga baginda Rasulullah wafat.

Abu bakar yang dilantik menjadi pengganti sebagai khalifah umat Islam pada suatu hari selepas kewafatan Nabi pergi ke rumah anaknya , Siti Aisyah yang menjadi isteri kesayangan Rasullullah lalu bertanya ada atau tidak perkara yang selalu dilakukan baginda Nabi saat hidupnya yang belum dilaksanakan oleh Abu Bakar..lalu diceritakanlah oleh Aisyah bahawa Rasululullah selalu membawa makanan setiap pagi untuk diberi kepada yahudi buta di hujung pasar.

Abu Bakar pun membawa makanan untuk menyambung amalan Rasulullah itu. tatkala ditemuinya yahudi itu dan dia mula memberi yahudi itu makanan, yahudi itu tiba-tiba naik marah lalu apabila ditanya kenapa dia marah..yahudi itu bertanya balik kepada Abu Bakar… siapakah engkau? jawab Abu Bakar..aku orang yang biasa, kata yahudi itu , bukan ...engkau bukan orang yang biasa..kalau orang yang biasa tidak susah tangan ini menyuapi makanan dan tidak susah mulut ini mengunyah makanan itu..kerana dia akan menyuapkan aku makanan itu ke mulutku dan makanan itu pula sudah dihalusinya..

Mendengar ini, menangislah Abu Bakar kerana rindunya akan Rasulullah ..lalu katanya.. memang, aku bukan orang yang biasa kerana orang yang mulia itu sudah tiada. dialah Muhamad pesuruh Allah.

Alangkah terkejutnya yahudi itu kerana dia selalu menyumpah seranah dan memaki hamun Rasulullah dan sentiasa memberitahu orang yang sedang menyuapinya makanan itu akan keburukan baginda.. rupanya dialah Muhamad.. menitislah airmatanya dan menangislah dia dalam kesayuan sedang kata maafpun tidak boleh lagi diucap lagi.. lalu ketika itu juga di hadapan abu bakar dia mengucapkan syahadat.

No comments:

Post a Comment